Kajian Penurunan Homocysteine Dengan Pengambilan Suplemen Omega 3

Dalam keluaran bulan September 2015, Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition menerbitkan kajian oleh Zheijiang University di China yang menunjukkan penurunan paras Homocysteine apabila seseorang mengambil suplemen Minyak Ikan Omega 3 dan Vitamin B12..

Kajian melibatkan 35 orang peserta yang di pilih secara rawak diberikan 1000 mikrogram Vitamin B12 dan 2000mg minyak ikan Omega 3...

Selepas itu penanda paras zat besi di ukur iaitu paras vitamin B12, lipids dan ferritin dan penanda  keradangan di ukur dalam darah iaitu paras C Reactive Protein dan Homocysteine ..kesemuanya diukur sebelum dan selepas ujikaji di jalankan...

Kesimpulannya dari kajian ini menunjukkan peserta kajian yang mengambil suplemen Minyak ikan omega 3 atau kombinasi dengan Vitamin B12 menunjukkan penurunan paras ferritin, C-Reactive Protein dan trigliserida selepas 6 ke 8 minggu pengambilan suplemen ini..

Bagi yang mengambil Vitamin B12 menunjukkan penurunan paras homocysteine sehingga 22%...
Bagi yang mengambil minyak ikan omega 3 menunjukkan penurunan 19% paras homocysteine
Bagi yang mengambil kedua-duanya pula menunjukkan penurunan 39% paras homocysteine
Kesan ini berlaku selepas  8 minggu pengambilan suplemen ini..

Jelas dari kajian ini menunjukkan pengambilan suplemen Minyak ikan omega 3 dan vitamin B12 boleh membantu mengurangkan kadar keradangan dalam tubuh kita, oleh itu secara tidak langsung ianya mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan kardiovaskular..

Amalkan suplemen Minyak ikan omega 3 dan vitamin B12.. InsyaAllah

#drnorman #infosihat #vitaminB12 #minyakikanomega3 #omega3 #homocysteine #inflammation #cardiovasculardisease

Artikel ini diekstrak dari Facebook Dr.Norman Norawi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?