Susah Hati Anak Tak Mahu Makan?

Ibu-ibu tentunya susah hati apabila anak tak mahu makan dan asyik sibuk bermain sahaja kan. Hari ini saya nak kogsikan sedikit tips untuk membantu anak-anak suka makan.
  1. Jangan paksa anak makan. Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mugkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyiksaan.
  2. Offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang. Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.
  3. Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.
  4. Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak-anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
  5. Makan bersama-sama. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
  6. Ajak anak bermain sambil makan.
  7. Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. buat corak atau hiaskan dengan comel.
  8. Elakkan minum air sambil makan. Sebaiknya tunggu sehingga habis makan sebelum minum.
  9. Kurangkan makan snek, makanan ringan atau makanan berhampiran dengan waktu makan.
  10. Biar anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. contohnya, bawakan pinggan ke meja, letakkan sudu dalam mangkuk. kalau ada anak yang besar sikit boleh tolong potong2.
  11. Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan2 yang digunakan untuk masak.
  12. Sekali- sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya atau saudara sebaya. Anak lebih suka makan beramai-ramai.
  13. Biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah. sebaiknya alas tempat duduknya terlebih dahulu.
  14. Tanya pendapat anak menu yang diingini.
  15. Biar anak-anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makan lagi.
(kredit untuk www.ibumadeeha.com)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?