Keputusan Peperiksaan

Catatan kali ini bersempena keputusan SPM dan STPM yang baru sahaja diumumkan.

Catatan kali ini bukan nukilan saya, hanya mencedok sedikit untaian dari fb.

ANAK YANG STRAIGHT "A"
------------------------
.
Keputusan SPM yang baik hanya 'tiket' untuk dapat lebih banyak pilihan kursus bila masuk U nanti. Tapi lepas dah dapat masuk U, semuanya akan balik KOSONG-KOSONG.
.
Semuanya pasti bermula dengan 'kosong' semula dan perlumbaan baru akan bermula.
.
Dalam proses menggapai kejayaan, apa yang perlu ditekankan ialah PEMBENTUKKAN DIRI menjadi orang berjaya, bukan apa yang tertulis dalam slip keputusan. Slip keputusan itu boleh jadi PENTANDA kejayaan membentuk diri, tapi ia bukan segala-galanya.
.
Pembentukkan diri itu mungkin termasuk;
.
(1) disiplin diri bangun awal pagi, meminta-minta dari Tuhan dan ulangkaji pelajaran.
(2) adab dan akhlak dengan guru untuk dapat keberkatan ilmu.
(3) berakhlak baik dengan ibubapa dan meminta restu dan doa mereka.
(4) memupuk diri belajar secara berkumpulan dan saling membantu untuk sama-sama berjaya.
(5) belajar untuk fokus dalam kelas dan pembelajaran.
(6) belajar mengurus masa dengan baik.
.
Itu semua adalah keputusan A yang sebenar. Pelajar itu tetap akan A dalam kehidupan pada masa akan datang walaupun atas kertas mereka bukan STRAIGHT A.
.
Saya melihat anak sulong saya Aisyah (darjah 6) sebagai anak yang A. Walaupun dia belum pernah dapat no. 1 dalam kelas, tetapi TANGGUNGJAWAB dan peranan dia di rumah saya rasa no. 1 berbanding kawan-kawan sebaya dengannya. Dia boleh urus rumah dan adik-adik yang ramai (6 orang adik, paling kecil 2 tahun) dengan baik. Dia rajin baca Quran walaupun tanpa disuruh. Sambil menunggu saya ambil dia balik sekolah, kekadang sempat dia habis beberapa muka surat bacaannya terutamanya kalau saya terlewat. Lepas baca Quran, dia ambil tanggungjawab ajar adik-adiknya membaca.
.
Jadi saya melihat A pada anak-anak dari sudut berbeza. Bukan sekadar apa yang tertulis atas kertas.
.
#tipsibubapa #tipsparenting

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?