Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan 2016

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Hari ini bermula nya Ramadhan yang pertama di tahun 2016.

Satu komen di Facebook mencuit rasa hati untuk sebarkan kepada semua.



Amal ibadah bulan Ramadan
(sebab itu yang lebih tepat bila memberi ucapan, sebutlah "Selamat Menjalani Ibadah Ramadan..."

Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadan:

1. Solat sunat tarawih.

2. Solat-solat sunat yang lain.

3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.

4. Memberikan hidangan berbuka puasa.

5. Banyakkan membaca al-Quran, tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya)

6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t

7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.

8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadan adalah bulan kesabaran.

9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.

Salam Ramadhan dari kami di blog Jom Sehat Sekaki.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?