Labour Day Run 2015 #Rojakrunners

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
semoga hari ini dan mendatang kehidupan anda semua dirahmati dan dilimpahi senyuman.

1 Mei 2015 diisytiharkan sebagai Hari Pekerja seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali dengan tema Hari Pekerja 2015 ialah Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat.

Selaras dengan tema ini, komuniti #rojakrunners yang berpengkalan di Kota Kinabalu meraikan Hari Pekerja dengan Labour Day Run #rojakrunners bertempat di Taman Awam Tanjung Lipat, Likas. Acara dalaman ini bermula seawal jam 5.30 pagi (sepatutnya) namun disebabkan terdapat masalah teknikal, larian hanya dapat dimulakan pada jam 6.30 pagi. Walaupun begitu, larian tetap dijalankan dengan dua kategori terpulang kepada masing-masing samada ingin berlari sejauh 9 km ataupun 6 km.





Acara digempakkan lagi dengan penyediaan BIB dan Medal untuk menghargai usaha dan pencapaian semua yang sanggup hadir untuk menjayakan Labour Day Run #rojakrunners ini. Memang meriah dan Alhamdulillah komuniti #rojakrunners semuanya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Acara ini juga sebahagian daripada acara pemanasan badan untuk Borneo International Marathon (BIM2015) yang akan diadakan esok 3 Mei 2015.





Kepada semua yang akan berlari di BIM 2015 esok, selamat berjaya sehingga ke garisan penamat. Medal dan Finisher T (kategori Full Marathon 42km) menanti anda di garisan penamat.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?