Perempuan Jika 30an

Tulisan lelaki ni amat menarik untuk dikongsi dan disimpan dalam blog ni.

Orang perempuan jika umur 30an dah sakit-sakit badan,cepat penat,kaki kebas,selalu sakit kepala. Jangan abaikan. Nanti masuk umur 40an lagi teruk.

1. Buat pemeriksaan darah di mana-mana Lab atau klinik. Buat full blood examination. Ultrasound, Pap smear.

2. Rajin-rajinlah bersenam. 10 minit setiap hari dah cukup. Deep breathing waktu pagi bersama cahaya matahari. Parking kereta jauh sedikit untuk kerapkan jalan kaki dan jogging.

3. Yang biasa para ibu hadapi  masalah adalah tidak cukup tidur disebab jaga anak kecil. Secara tidak langsung akan ganggu hormon. Lagi kesian anak baru umur 1 tahun dah mengandung lagi. So rancang keluarga dengan betul supanya tidak stress.

4. Pemakanan yang sihat. Yang ini sebenarnya susah nak kawal. Masalah masyarakat kita suka apa-apa makanan mesti nak manis,mesti nak masin. Mesti nak rasa sedap sedangkan kita sedar makanan tersebut tinggi gula,garam,perasa,pewarna. Jadi kurangkan dua ini dahulu,yang lain akan jadi mudah.

5. Sebolehnya dalam menu harian lebihkan REAL FOOD berbanding supplement. Jika nak ambil supplement ikut keperluan badan. Contohnya vit D,magnesium,calcium.

Usahakan yang basic ini. Akan menyusul yang lain.

“Jaga pemakanan sihat sistem peranakan”

-EncikMatt-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?