Psikologi Marahkan Anak dan Isteri Menurut Encik Matt

Catatan Facebook dari En.Matt ni amat menarik untuk dikongsikan.

Bukan mudah untuk mengawal kemarahan kerana ianya menghilangkan kewarasan berfikir dan membuat keputusan.

Jadi belajarlah psikologi ni supaya situasi menang-menang antara kedua pihak.
------------
Marah anak jangan sesekali pukul muka. Marah isteri jangan sesekali tengking depan anak, pukul muka jauh sekali. Para suami kena tukar, nak marah isteri bagi bunga, peluk isteri, ungkit perkara yang baik pernah isteri buat terhadap kita. Marah anak, pukul kemudian, peluk anak, cium anak. Doa waktu peluk bagi anak dengar.

PELUK bukan perkara biasa. ia POWER, ia merembeskan HORMONE yang baik. Hormone dopamine secara automatik akan dirembeskan apabila kita  Memeluk pasangan atau anak, begitu juga dengan hormone oxytocin. Ia buatkan kita tenang dan bahagia. Marah akan bertukar kepada tenang apabila kita bertindak dengan baik.

 Bahagia apabila kita melihat pasangan, anak-anak hati kita akan tenang. Untuk Rasa perkara ini, perlukan satu usaha. Marah bukan selesaikan masalah, bukan datangkan bahagia,ketenangan. Marah,tengking,memcaci maki jauhkan rahmat Allah s.w.t dalam kehidupan kita.

Buat apa nak tengking anak isteri/suami?

PELUKLAH.

-EncikMatt-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?