LAMBAT BERCAKAP? Normal ke tak Doktor?


Hari ini di Klinik Psikiatri Kanak-Kanak, saya berjumpa dengan seorang anak kecik berusia 7 tahun yang dirujuk kerana lambat bercakap, sukar difahami dan kerap mengulang perkataan yang sama.

Saya rasa ramai diluar yang nak tahu pasal 'delayed speech'. Terima kasih adik A yang menginspirasikan posting ini.

Semua orang sukakan kanak-kanak yang petah. Namun ada segelintir kanak-kanak mengalami masalah pertuturan – lewat atau tidak normal berbanding kanak-kanak seusia atau adik beradik. Pertuturan merupakan mekanisme penting perkembangan intelektual, emosi dan sosial kanak-kanak. Pengesanan awal penting untuk mengelakkan masalah yang lebih besar.

Apa yang normal?
SEBELUM 12 BULAN
Orang putih kata ‘cooing and babbling’, atau buat bunyi ‘uuu, aaaa, ooo’ secara spontan sebelum usia 9 bulan.
Selepas 9 bulan boleh sebut baba/mama/ma/mi/papa (walaupun tanpa merujuk kepada maksud). Biasanya walaupun ibunya menjaga susah payah sejak lahir, anak akan sebut papa/baba/babah/abi dulu..mungkin sebab lebih senang sebut dari ummi, mak, ibu (jadi ayah jangan bangga sangat, it happens spontaneously hehe).
Peka dengan bunyi dan kenal objek yang biasa dengannya seperti bear, botol dan dummy.

12-18 BULAN
Babbling lebih variety dengan lebih banyak consonant seperti p,b,m, n dan sebagainya.
Boleh sebut sekurang-kurangnya satu perkataan dengan betul. Biasanya kata nama seperti ‘bola’ ‘car’.
Boleh faham arahan mudah – ‘tunjuk mama bola’.

18 ke 24 BULAN
Kebiasaannya, kanak-kanak boleh menyebut 20 perkataan sekitar usia 18 bulan dan 50 perkataan (vocabularies) dalam usia 2 tahun.
Secara mudah, 2 tahun sepatutnya boleh combine ayat 2 perkataan, contohnya ‘nak makan’, gosok gigi’, ‘motor abi’.
Boleh tunjuk objek ‘ tunjuk tangan, tunjuk mata’.
Boleh faham 2 arahan – contohnya ‘ ambil buku, bagi ummi’.

2 ke 3 TAHUN
Boleh bina ayat yang lengkap lebih dari 3 perkataan
Pemahaman lebih baik, termasuk kata sifat – besar, kecil, warna

BILA PERLU RISAU?
Apabila anak tidak menghasilkan sebarang bunyi atau tidak respon kepada sebarang bunyi
Anak tidak menunjukkan komunikasi dengan gerak tubuh pada usia 12 bulan – melambai, bertepuk tangan
Lebih menggunakan gaya dari bercakap untuk berkomunikasi dan tidak boleh meniru bunyi pada pada 18 bulan
Sukar memahami arahan mudah pada usia 2 tahun
Menghasilkan bunyi yang tidak normal
Percakapan sukar difahami (2 tahun- dewasa patut boleh fham separuh dari percakapan, 3 tahun – 2/3)
Terdapat masalah perkembangan yang lain – interaksi dengan kawan-kawan, tidak boleh bermain dengan kanak-kanak lain, tubuh terlalu kecil dan sebagainya.

Kenapa berlaku?
Masalah pendengaran
Kurang rangsangan bunyi – contohnya anak dari ibubapa yang bisu
Masalah fizikal – lidah, kerongkong, hidung dan sebagainya
Masalah perkembangan – autism, global developmental delay
Masalah genetik

 Dapatkan pemeriksaan awal dan rujukan ke hospital/klinik untuk temujanji dengan doktor, klinik audio dan speech therapist (terapis pertuturan) mengikut keperluan.
Rujukan: www.kidshealth.org

(kredit Facebook Dr. Rozanizam Zakaria)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?