Semangat Ingin Maju Dengan Shaklee

Dalam beberapa bulan ni, sejak saya mengambil keputusan untuk bersungguh dengan produk Shaklee ni, saya mempunyai semangat untuk membantu keluarga dan sesiapa juga untuk maju bersama-sama dengan saya dalam Shaklee ini.


Betul kata UmmuAinan, bahawa Shaklee bukan lah bisnes yang menguntungkan, ianya adalah bisnes membantu. Perkara pokok membantu semua untuk sihat dan mengamalkan makanan tambahan sebagai pelengkap nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita setiap hari. Maka tidak hairan lah kebanyakan yang menyertai dan berjaya dengan Shaklee ini adalah mereka yang merupakan pengguna tegar kepada Shaklee. Keberkesanan yang dialami selepas menggunakan Shaklee mendorong mereka termasuk saya untuk berkongsi nikmat kesihatan ini.

Kedua, bisnes produk Shaklee ini pula membantu kita dalam menaikkan taraf hidup sesiapa juga. Lebih-lebih lagi dicelah-celah kos sara hidup yang makin meningkat. Sebab itu, saya menggalakkan kepada sesiapa juga yang menggunakan produk Shaklee ini untuk turut serta menjadi sebahagian daripada keluarga Shaklee.

Apakah bezanya Shaklee dengan yang lain?

1. No Head Hunting
Shaklee bukan syarikat yang menyuruh ahli-ahlinya supaya mencari downline banyak-banyak dan kemudian duduk diam-diam menunggu komisyen masuk bulan-bulan.

2.Bukan Stokis
Shaklee bukan stokis yang mengarahkan setiap ahlinya menyimpan stok ribu-ribu setiap bulan. Ianya bergantung kepada permintaan. Sebagai ahli, hanya dengan transaksi secara online, pesanan yang dibuat akan dihantar terus ke alamat pelanggan. Kos penghantaran pula seragam RM10 Sem.Msia/ RM20 Sabah & Swak. Mudah kan.

3.Keahlian RM65
Keahlian RM65 ini valid selama-lamanya untuk anda dan pasangan bagi yang sudah berkahwin. Keahlian bersama-sama saya insyaAllah akan dibimbing dan disokong untuk sama-sama maju tidak kira melalui biimbingan secara bersemuka ataupun melalui media seperti FB, watsapp ataupun telefon.

4.Bonus
Bonus ada tingkat-tingkat nya bergantung kepada usaha dan semangat masing-masing ahli. Dan semangat saya sebagai Shaklee Independant Distributor terhadap Shaklee ini sukar digambarkan. Semangat saya didorong dengan menggambarkan kejayaan dikongsi oleh semua ahli keluarga dan ahli yang bersama-sama dengan saya. Bukan makan sorang-sorang. Ibaratnya kata seorang yang sudah Master dalam Shaklee ni iaitu Master Cery, kalau kita dapat bonus 3 angka, kita ingin orang lain juga dapat 3 angka, kalau kita dapat 4 bonus angka, kita ingin orang lain juga dapat 4 angka dan begitulah seterusnya.

Ini adalah pendapat peribadi saya mengenai Shaklee ini. Lain orang lain pandangannya. Samada serong, mereng, songsang, terbalik, berlawanan dan sebagainya, saya tidak boleh mengubahnya. Seperti yang selalu saya tanamkan dan tekankan, Saya berkongsi apa yang telah kami gunakan untuk dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Saya mengalu-alukan keterbukaan anda bersama saya dan Shaklee. Saya ini kecil, tapi insyaAllah dengan sokongan anda, kita mampu mengangkat orang di sekeliling kita untuk bersama dengan suplemen ataupun makanan kesihatan khususnya Shaklee ini. 

Setakat ini, saya membuat penghantaran di rumah sekitar Kota Kinabalu dan Sandakan. Terbaru, saya mempunyai seorang ahli yang mendaftar dan berada di kawasan Kinabatangan. Alhamdulillah, Shaklee semakin berkembang sehingga ke pedalaman.  

Shaklee Bukan Untuk Orang Yang Mampu Sahaja, Tapi Untuk Orang Yang Mahu!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?