7 Perkara Kau Perlu Tahu Tentang Kerja

7 Perkara Kau Perlu Tahu Tentang Kerja

1. Kerja tak akan pernah habis. Hari ni kau buat kerja siap. Esok datang lagi kerja baharu. Simple. Kalau kau jenis datang pejabat kacau orang buat kerja, datang punch in keluar minum berjam-jam lain lah. 

2. Kita kerja untuk bahagiakan orang kita sayang. Kita balik kerja nak marah-marah anak, isteri sebab rumah bersepah tak guna. Tak guna kita marah orang yang kita sayang sebab kerja. Tak berbaloi. 

3. Kerja akan buat kita cepat stress jadi kita kena lebih memahami skop kerja. Pedalami lagi supaya menjadi lebih pakar. Jangan sesekali bawa masalah kerja bawa balik rumah. Work-life-balance. Hari minggu pergi jalan-jalan. Elok lagi pergi bersatu dengan alam. Masuk hutan lipur, pergi dengar kicauan burung, pergi main air terjun, pergi merasa hembusan angin pantai. Janganlah tiap minggu pergi pusat beli belah. Suka sangat nak habiskan duit yang tak berapa nak banyak tu. Dah la jalan bersesak. Terapi menda macam tu kalau tiap bulan nak makan pun kena pinjam dengan rakan sejawatan.

4. Jangan cepat mudah puas hati dengan cara kerja kita. Cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Dari segi penampilan dan disiplin semasa kerja.

5. Kalau gaji kita sikit, tapi kerja mengalahkan orang gaji besar tu biasa lah. Kerja niat kerana Tuhan. Dapat pahala. Hidup lebih berkat dan rezeki murah.

6. Cuba cari jalan penyelesaian untuk siapkan kerja dengan lebih cepat. Jika kau tahu tiap Isnin pasti ramai rakyat jelata menyerbu pejabat kau, kau mesti dah sedia. Kalau bos bagi kerja, cuba siapkan cepat supaya tak tertangguh dan makin banyak kerja. Jadi kau tak stress.

7. Kalau menggulor 2 jam, ganti lah 2 jam tu tanpa perlu bayaran lebih masa supaya gaji berkat.
Bila kau rasa malas nak bekerja. Kau cuba hari minggu pergi pasar. Tengok orang kerja kat pasar tu berhempas pulas cari rezeki. Sehari dapat berapa je. Kau tu kerja dalam air-cond, masuk pukul 8 pagi, pukul 9 dah keluar minum 2 jam. Pukul 5 balik pukul 4.30 dah tunggu nak punch out. Mana rezeki nak berkat.

Sekadar memperingati. Kah!
*copy dan share

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?