Catatan Larian Tahun 2015

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Ini lah keseluruhan medal hasil dapatan tahun 2015.

Medal Sepanjang Tahun 2014-2015

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, dengan izinNya saya telah berubah daripada seorang yang pasif dan malas bersukan kepada seorang yang aktif dan boleh dikatakan agresif juga. Kalau tahun lepas, saya bergelar Runner pada Mei 2014, kemudian terus melonjak sebagai marathoner pada Ogos 2014 dan menutup tahun 2014 dengan 3 larian Marathon.

Tahun 2015, satu lagi kejayaan peribadi yang tidak mungkin saya lupakan. Saya bergelar Triatlet pada Mac 2015 walaupun dengan jarak Mini sahaja 300 meter renang, 10km berbasikal dan 2km larian, tetapi pengalaman tersebut sangat bermakna.

Larian Ultramarathon Sulung pada 28 November 2015

Tahun 2015 juga saya bergelar Ultramarathoner dengan larian pada 28-29 November bertempat di Putrajaya. Jarak larian sejauh 52km saya tamatkan dengan gagah dengan catatan masa 9 Jam!! Satu lagi pencapaian yang membanggakan untuk peribadi.

Bersama Magz, rakan pacer

Kami sempat memberikan posing terbaik walaupun penat dan telah mengharungi 29km

Sijil Tahniah kejayaan menghabiskan larian dalam 9 Jam 24 Minit

Dalam pada itu, saya dan isteri turut berlari bersama untuk kali pertama dalam acara 8km Rhino Run di Kota Kinabalu. Berlari bersama isteri, satu lagi kebanggaan kerana akhirnya saya dapat berlari bersama-sama isteri. Saya menyokongnya dari belakang dan bersama-sama dari awal garisan permulaan ke penamat.
Gambar pertama bersama isteri dengan medal pertama kami di Rhino Run KK pada 6 Disember 2015

Menuju ke garis penamat sambil berpimpin tangan... so sweetttt.

Akhir sekali, pengalaman paling indah tahun 2015 ialah pergi dengan semangat No One Left Behind! di River Jungle Marathon di Hulu Langat. Kami datang dengan 13 orang pelari dengan kebanyakan daripadanya adalah Full Marathon Virgin (FMV).

Merakam gambar kenangan 13 marathoner semasa River Jungle Marathon, Hulu Langat pada 6 September 2015

No One Left Behind!! Tagline kami di RJM


Ianya kenangan manis untuk kami semua. Semoga kehadiran tahun 2016 akan menjanjikan lebih banyak pengalaman manis untuk saya, isteri, anak-anak dan seluruh keluarga dan rakan-rakan di luar sana. 

Dalam saya aktif dalam sukan khususnya larian jarak jauh ini, saya menjadikan Shaklee sebagai menyokong aktiviti sihat dan aktif ini. Sejak tahun 2014 lagi saya mengamalkan pelbagai jenis suplemen Shaklee. Tiga (3) Produk WAJIB sebelum, semasa dan selepas bermarathon, ialah Performance Drink, Ostematrix dan AJHT.

Anda juga boleh rujuk pengalaman tahun 2014 semasa saya mula-mula bergiat aktif dengan larian, saya bergantung dengan suplemen Shaklee ini.

Hubungi kami untuk mendapatkan Shaklee anda
Irman Rahaban / Rodiyanah Ansau
012 869 3236 / 016 7232572
Pengedar Bebas Shaklee
Pengedar Shaklee Sabah
Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Pengedar Shaklee Sandakan
Pengedar Shaklee Telupid
Pengedar Shaklee Lahad Datu
Pengedar Shaklee Tawau 
SID 878411

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?