Gaya Hidup Sihat. Mudah?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat Pagi.

Hari ini dalam bejalan2 stalk2 fb kawan2 dan share link share post kawan2, saya tertarik dengan sharing seorang doktor bernama Rafidah Abdullah.

Bagus sharing nya.. jom saya share dalam ni tulisannya..
******
HARI BUAH PINGGANG SEDUNIA

Hari ini adalah hari buah pinggang sedunia. Temanya begitu sesuai: healthy lifestyle for healthy kidneys iaitu praktikkan gaya hidup sihat untuk buah pinggang yang sihat.

Macamana gaya hidup sihat? Senang sahaja:
1. Makanan seimbang. #sukusukuseparuh. Pinggan makanan anda ada suku sahaja karbohidrat (contoh: nasi), suku protein dan selebihnya adalah sayur-sayuran. Jangan lupa buah-buahan juga. Tak payah nak tambah-tambah dua tiga kali.

2. Senaman sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. 

3. Tidak merokok

4. Jaga berat anda. Mohon BMI (body mass index) dalam lingkungan normal 18 - 24.

Yang nombor 5 ini khas dari kami Pakar-Pakar Buah Pinggang:

5. JANGAN ambil apa-apa suplemen, makanan tambahan. Anda tidak akan bertambah sihat. 

Yang sihat, tak payah makan suplemen. Yang sakit, terutama sakit kronik lagi tak payah, kerana ia mungkin memudharatkan. Ianya akan menambah kerja organ-organ dalaman, terutama buah pinggang. 

Yang ramai PM saya bertanya boleh tak ambil itu, ambil ini. Jawapan saya jawab di sini ya: TIDAK PERLU dan TIDAK PAYAH. 

Jangan mengambil risiko. Sayangi & hargailah buah pinggang kurniaan Allah swt. Ikut sahaja no 1-5 ya, senang sahaja.

Pencegahan, lebih baik dari rawatan.

Selamat Hari Buah Pinggang Sedunia

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Nefrologi
#MedTweetMY

***************
Komen saya juga senang.. sesenang tulisannya.

1. Makan makanan seimbang dengan portion suku suku separuh. Cuba angkat tangan siapa yang amalkan kaedah ni. Berapa ramai yang amal kaedah ni. Berapa banyak kedai di luar sana yang mempraktikkan kaedah ini. Senang kan. Dengan berhambur nya sana sini kedai makanan segera kombo lagi 24 jam lagi tu.

2. Senaman. Ya senaman nda payah belajar tinggi2 pun orang tau juga senaman baik untuk kesihatan. Kalau anda bekerja sebagai buruh atau memang kerja anda banyak mengeluarkan peluh, anda tidak perlu untuk bersenam. Itu belum diambil kira dengan jadual padat harian ibu bapa. Pagi sebelum matahari terbit sudah keluar rumah, ayam sudah tidur baru balik rumah.

3. Merokok. Yes jangan merokok senang. Senang untuk yang tidak merokok, tapi untuk melarang mereka yg merokok untuk tidak merokok, saya tahu anda tahu juga bagaimana azabnya kan. 

4. Jaga berat anda. Jaga berat pun sudah satu hal, ini lagi suruh jaga BMI. Yalah yalah mesti kata hendak seribu daya tak hendak seribu alasan kan. Lagi2 ni badan sendiri. 

5. Jangan makan suplemen? Ok.. antisuplemen detected! Dia men"generalisasi" kan suplemen. Bukan semua suplemen tidak bagus. Lebih2 lagi bila kita gagal untuk mematuhi 4 cadangan MUDAH nya diatas. 

Saya juga ni 4 tahun lalu memang tak makanlah suplemen2 ni. Persepsi yang sama "saya sihat buat apa makan suplemen". Tapi mula mengubah persepsi tentang suplemen selepas mencari alternatif Farhan yang setiap bulan mesti melawat klinik. Lepas tu makan pula memilih, berat menurun, badan mengurus. Harapkan ubat semata? 

Saya tidak menafikan saranan MUDAH doktor pakar perunding ini. Bagus memang bagus. Mudah? Itu tidak sama sekali. 

Akhir sekali Mencegah lebih baik dari Merawat kan. 
Jom mencegah dengan suplemen dan merawat dengan ubat.

Salam sayang buat doktor perunding tu. 😘😘😘

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?