Tip Elak Anak Ketagih Gajet

*Tips utk elak anak ketagih Gajet*

#1 – Jangan Beli

Jangan beli tab, Ipad ke apa-apa sajalah untuk anak-anak. Selagi tiada kepentingan guna, usahlah beli. Tidak perlu kenalkan mereka dengan laptop dan komputer di awal usia. Apatah lagi game di internet. Tambah-tambah, bermacam iklan yang tak baik ada di internet.

#2 – Kerap Baca al-Quran

Sejak dari dalam perut, sampai keluar perut ibu, parents kena suka baca Al-Quran. Bukan anak yang baca. Tapi, mak ayah yang duk selalu baca depan anak-anak. Mak ayah baca, anak ikut. Ramai anak belajar meniru melalui apa yang mereka dengar walaupun tak reti membaca.

#3 – Jangan Main Game Depan Anak

Kalau ayah gamer, jangan duk main game depan anak-anak. Seriously kena faham, Allah sebut demi masa, manusia itu dalam kerugian kecuali yang beramal soleh. Kalau main game sampai dua tiga jam, sampai lewat pagi, macam tak ok je. Kena lebih matanglah, dah kahwin kan.

#4 – Bawa Ke Majlis Ilmu

Bawa anak-anak walaupun masih kecil ke majlis ilmu. Ajar mereka pakai pakaian sunnah tutup aurat di awal usia lagi. Bila ayah ibu cinta ilmu, anak-anak pun jadi ikut sama. Insya-Allah.

#5 – Amalkan Beriadah

Bawa anak-anak ke taman permainan untuk beriadah. Atau main saja depan rumah dengan anak-anak. Jangan biarkan anak jadi anti-sosial dengan tab di tangan. Ajarkan anak-anak ikut solat walaupun solat sunat.

#6 – Ajar Berzikir

Ajari anak-anak berzikir yang mudah-mudah. Ayah start, ibu sambung, anak ikut. Sebagaimana ada sebuah keluarga ulama ini, tidak membiarkan anak-anak mereka diam mulut tanpa zikir kerana dibimbangi mulut itu ‘mati’ tanpa mengingati Allah.

#7 – Hadkan Penggunaan TV

Hadkan penggunaan televisyen. Jangan dibiarkan saja anak-anak menonton kartun pagi, petang, dan malam. Kartun dikatakan merangsang minda kanak-kanak, tapi jika terlalu berlebihan, tak elok juga.

#8 – Wajibkan Membaca al-Quran

Wajibkan setiap hari baca Al-Quran. Pesankan pada anak-anak, kewajipan ini ayah ibu amanahkan sampai ke akhir hayat. Baca setiap hari. Bukan setakat di sekolah rendah saja, kemudian berhenti di peringkat seterusnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?