SESB Car Boot Sale 2017

Jualan berkonsepkan car boot sale atau garage sale semakin popular.



Kemarin buat julung kalinya, kami menyertainya. Santai dan meriah. Itulah yang boleh digambarkan tentang Car Boot Sale ini. Walaupun diawalnya panas terik, namun sekitar jam2 petang, tapak letak kereta mula redup dan terlindung.




Acara yang diadakan setiap sabtu pertama setiap bulan ini diadakan di perkarangan letak kereta wisma SESB kota kinabalu.

Pelbagai barangan terpakai seperti pakaian perhiasan diri dan perabot dijual. Tidak kurang makanan dan minuman dari trak turut memeriahkan suasana program.



Kami juga turut serta dengan menjual baju yang sudah tidak dipakai lagi dan majalah.

Ada juga kami selitkan mainan Hotwheels dijual sejak jam9 pagi sehingga jam 5 petang.

Jangan lupa hadir dan memeriahkan Car Boot Sale pada bulan hadapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?