Info Kesihatan Dr Norman Norawi - Manfaat Omega 3

Assalammualaikum wbt, Selamat Sejahtera anda semua yang membaca ini.
.
Strok atau Angin Ahmar adalah penyakit pembunuh ketiga di Malaysia.
.
Statistik menunjukkan setiap satu jam, enam orang rakyat Malaysia akan mendapat serangan strok.
.
Setiap tahun 50,000 orang akan mendapat penyakit strok.
.
Salah satu cara kita mencegah penyakit strok ini adalah dengan mengamalkan pengambilan makanan tinggi dengan Omega 3 seperti ikan dan makanan laut.
.
Kita juga boleh mendapatkan sumber Omega 3 daripada pengambilan suplemen Omega 3 setiap hari.
.
Omega 3 mencegah pembentukan plak atherosklerosis. Oleh itu penyebab salurang darah tersumbat di otak kita yang menyebabkan serangan strok.
.
Jadikan ia amalan harian untuk mengelakkan terkena Strok. InsyaAllah.
---------------------
Kajian menunjukkan minyak sihat Omega 3 boleh membantu menurunkan paras trigliserida dalam darah. Paras trigliserida tinggi berkait rapat dengan risiko tinggi penyakit jantung koronari.
.
Paras trigliserida yang tinggi boleh diturunkan dengan mengurangkan pengambilan gula, makanan proses, minuman manis dan juga lebih kerap bersenam.
.
Ambil suplemen Omega 3 setiap hari boleh membantu menurunkan proses trigliserida. InsyaAllah.
---------------------
Pengambilan minyak sihat Omega 3 boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi sedikit (tetapi bukan seperti ubat darah tinggi).
.
Ambillah makanan tinggi Omega 3 seperti ikan, makanan laut & kacang walnut maka tekanan darah akan lebih mudah di kawal.
.
Elakkan makan ikan masin jika anda ada masalah tekanan darah tinggi.
.
Mengawal pengambilan garam berlebihan juga penting untuk kawalan tekanan darah yang lebih baik.
.
Anda juga boleh mengambil suplemen Omega 3 kerana ia lebih mudah. InsyaAllah.
----------------------
Saranan oleh Persatuan Jantung Amerika (AHA) pengambilan Omega 3 sebanyak 1000mg gabungan EPA dan DHA untuk pesakit jantung koronari. Jika telah terkena serangan jantung, maka pengambilan Omega 3 membantu mencegah serangan jantun kai kedua.
.
Kajian menunjukkan pengambilan Omega 3 akan mengurangkan risiko serangan jantung dan risiko kematian akibat serangan jantung.
.
Ambillah suplemen Omega 3 setiap hari untuk kesihatan jantung kita. InsyaAllah.
---------------------
Omega 3 adalah minyak sihat yang sangat baik untuk kesihatan jantung. Omega 3 bersifat anti radang yang mencegah atherosklerosis iaitu pengerasan saluran darah yang menjadi punca kepada masalah serangan jantung dan kardiovaskular.
.
Dalam dos yang lebih tinggi Omega 3 membantu menstabilkan degupan jantung.
.
Omega 3 juga mengawal paras trigliserida iaitu lemak yang tidak sihat dalam darah yang menyebabkan penyumbatan saluran darah dan penyakit kardiovaskular.
.
Omega 3 memperlahan pembentukan plas kolesterol pada dinding dalam saluran darah dan mencegah serangan jantung.
.
Amalkan makanan yang tinggi Omega 3 seperti ikan, udang, sotong dan makanan laut dan juga kita boleh mengambil Omega 3 dalam bentuk suplemen minyak ikan setiap hari untuk mendapat faedah kesihatannya. InsyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?