Sakit Lutut

Sakit Lutut.

Sakit lutut merupakan antara penyakit yang sering bertandang tatkala usia semakin meningkat.

Jika yang berumur 50an ke atas, itu mungkin perkara biasa. Tapi bagaimana pula dengan orang zaman sekarang ni, seawal umur 30an sudah ada yang mula mengadu sakit lutut.

Agak-agak kenapa begitu ya?

Sebab utama kepada masalah sakit lutut ialah rawan yang menjadi kusyen antara tulang, yang wujud di setiap sendi kita menjadi haus yakni menipis.

Mungkin juga sudah rosak. Seawal usia 20an rawan ni dah mula haus sedikit demi sedikit. Bila masuk 50an , setahun 1% haus. Bila sampai umur 60 dah 40% kurang.

Itu belum diambil kira faktor keaktifan kita, bagaimana kita guna semua tulang 4 kerat kita, gaya hidup kita dan sokongan dari segi pemakanan kita. Adakah tabiat kita itu semua memastikan rawan sentiasa terpelihara atau mempercepatkan lagi kehausannya? Perkara seperti ini biasanya dipanggil "wear and tear".

Ibarat tapak kasut kita, semakin lama kita guna, semakin menipis, semakin haus tapak kasut.

3 Sebab yang menyebabkan sakit lutut bertambah teruk:-
  1. Osteoarthritis - Kusyen dah habis menyebabkan tulang bergesel. Sakit lutut. Sakit sendi. Menurut Centers for Disease Control and Prevention, 14% remaja America seawal 24 tahun mengalami masalah ini. Selepas umur 65 tahun, 34%
    Osteoarthritis
  2. Obesiti - Ramai yang meningkat usia, semakin meningkat berat badan. Ini menyebabkan lutut tidak larat hendak menampung berat badan sendiri. Ditambah dengan haus rawan di lutut, memang bergesel lah semua tulang sendi kerana menampung berat berlebihan.
  3. Sarcopenia atau dalam bahasa mudahnya otot mengecut. Ini akan berlaku kepada semua kita seiring dengan usia. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak bersenam. Otot di bahagian peha dan kaki bantu lutut untuk soong bebanan berat badan kita. Bila otot semua dah kecut. sokongan itu sudah tiada. Tinggallah lutut sendirian yang menampung keseluruhannya berat badan.
Secara alami, memang tidak dapat dielakkan bila masuk bab haus tulang rawan yang menjadi pelapik antara sendi, kusyen antara sendi. Ini penyakit biasa ketika tua. Sebabnya, tulang dan sendi ini kita gunakan setiap hari untuk bergerak. Memang ada wear and  tear walau sedikit zarah sekalipun.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?