Makan Omega 3 Untuk Minda Anda

Assalammualaikum wbt,
Hai selamat malam semua. Malam ni saya akan kongsikan kepada anda semua tentang Omega 3.
.
Omega 3 ini memainkan peranan penting untuk memastikan minda kita berfungsi seperti bilik kawalan 24 Jam.
Tahukah anda Hampir 60% lemak padat dengan asid lemak Omega 3
Makan Omega 3 akan meningkatkan prestasi mental. Pengambilan Omega 3 menunjukkan:-
  • Mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori dan tumpuan pemerhatian.
  • Menyokong pembelajaran optimum dan kemampuan membaca.
  • Meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum.
Makan Omega 3 akan Memperbaiki Mood secara positif. Penyelidikan telah menunjukkan bahwa peningkatan pengambilan EPA dan DHA, meningkatkan kepadatan saraf otak yang mengawal mood dan emosi. Sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria, Omega 3 membantu:-
  • Membangkitkan mood.
  • Meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan.
Makan Omega 3 akan Mengekalkan fungsi kognitif yang sihat untuk golongan lanjut usia. Dengan Peningkatan usia, ia akan menyebabkan penurunan penyerapan nutrien, member kesan kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental.

Alami penuaan yang sihat melalui pengambilan Omega3 secara teratur untuk:-
  • Merendahkan risiko penurunan kognitif.
  • Menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal, terutamanya kongsnitif dan memori.
  • Mengurangkan risiko gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kongitif seperti Alzheimer dan dementia.
  • Menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat optimum.
Menggalakkan perkembangan otak yang sihat pada bayi semasa tempoh kehamilan dan awal kelahiran. Omega 3 khususnya DHA merupakan salah satu elemen penting untuk otak. Oleh itu pengambilan Omega 3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting kerana ia:-
  • Menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutamanya pada trimester ketiga.
  • Menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik di kalangan bayi.
  • Meningkatkan koordinasi tangan-mata serta kepintaran kanak-kanak.
  • Meningkatkan tumpuan pemerhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak.
  • menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi, kognitif dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?