Panduan Plastik Makanan

Assalammualaikum wbt, Selamat Sejahtera.

Hari ni saya inginkan kongsikan mengenai panduan plastik makanan. Ya plastik makanan tidak dipeduli oleh kebanyakan masyarakat. Ini kerana plastik biasanya PERCUMA dan disediakan sendiri oleh pihak pekedai.
.
Tetapi sedarkah kita bahawa toksin persekitaran banyak menyumbang kepada perkara pelbagai penyakit dan penyumbang kepada sakit.
.
Antaranya Penyakit jantung dan strok, penyakit metabolik seperti obesiti, Penyakit alahan seperti ekzema, psoriasis, resdung dan asma.Selain itu juga masalah autoimuniti, penyakit kanser, gangguan hormon dan gangguan sistem pembiakan.
.
Anak-anak paling kesian kerana mereka ini masih lemah sistem detoksifikasi. Akibatnya ramai yang "matang" lebih awal. Begitu juga wanita lebih awal "menopause". Puncanya ialah plastik yang dikenalpasti mengganggu hormon.
.
Plastik merupakan sejenis pengganggu hormon (Xenoestrogen) yang boleh mencetus penyakit-penyakit zaman moden.
.
Bagi mereka yang pentingkan kesihatan, ilmu ini mungkin berguna.Bagi penderita sakit yang saya sebutkan di atas,
semoga ia menjadi panduan mengurangkan beban toksik badan.
.
PANDUAN PLASTIK MAKANAN
--------------------------------------------
Pernah terfikir tak apa makna nombor-nombor dalam segitiga di bawah bekas plastik makanan dan minuman tu?
Haa..jangan lupa check SETIAP bekas plastik kita NOMBOR RESIN ini:
Pilih plastik No 1, no 2 dan no 5. No 1 biasanya botol air mineral. Jangan gunakan kembali simpan air lain.
Elakkan plastik no 3,4,6 dan 7....Jangan guna plastik dengan no resin 7 simpan makanan!
.
Seterusnya, mari kita lihat beberapa tabiat yang sering diamalkan, mungkin perlu diberi lebih perhatian:

.
TABIAT BIASA PEMBAWA PENYAKIT
--------------------------------------------------
Pada tahun 2011 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengharamkan penggunaan botol susu mengandungi BPA.
Bahan plastik ini bukan main-main ya, ia boleh sebabkan gangguan hormon dan mungkin mencetus alahan.
Elakkan bahan racun toksik ini ke atas keluarga kita terutamanya anak-anak kecil.
1) Jangan tuang air panas dalam cawan, jug atau bekas air plastik. Tengok sikit dapur kedai makan ada juga amalkan ni.
Masukkan air panas ke dalam bekas seramik atau stainless steel merupakan alternatif lebih baik.
2) Elakkan memanas plastik di dalam microwave.
3) Pilih botol susu lebih selamat dengan label "BPA free". Walaupun begitu kajian menunjukkan plastik bebas BPA masih bahaya kerana mungkin mengandungi BPS atau pthalates yang juga merupakan pengganggu hormon. Saya kurang gemar teknik matikan kuman dengan rebus dalam air panas.
Maka anak kami gunakan botol kaca yang insha Allah lebih selamat.

4) Jangan tinggalkan sudu plastik dan ?straw dalam air panas..lebih panas air, lebih cepat keluar toksik plastik ini.
5) Jangan minum air botol plastik yang disimpan di dalam kereta terutamanya yang terdedah cahaya matahari.
6) Jangan guna sudip plastik untuk memasak. Gunakan alternatif lebih selamat seperti sudip keluli atau kayu.
7) Jangan tapis air panas guna penapis plastik. Stainless steel kan ada.
8) Elakkan menyimpan makanan panas dalam bekas plastik. Kalau berniat tapau makanan, kami biasanya order macam biasa.
Tunggu makanan sejuk sambil kacau-kacau makanan supaya sejuk dulu, baru minta bungkus.
Apa lah sangat 2-3 minit makanan sejuk tu berbanding kena warded...nak tunggu discaj tu satu penyeksaan.True story bro..
.
9) Jangan letak makanan bayi yang masih panas seperti nestum, puree atau oats ke dalam bekas makanan plastik.
10)Ini paling penting kot..JANGAN GUNA PEMANAS AIR PLASTIK! pastikan bahagian dalamnya stainless steel atau kaca.
kalau takde duit beli kaca atau heater stainless steal, pakai je periuk panaskan air atau cerek stainless steel tu.
Beberapa ringgit extra bagi membeli barang bukan plastik itu sangat berbaloi insha Allah
.
Toksah pikir sangat salasilah genetik mana yang mungkin sebabkan kanser...
atau saka tok nenek mana yang suwei turunkan kanser kat anak beranak..
Tengok sekeliling kita, mana yang kita mampu lakukan..ambillah langkah perubahan walaupun sedikit..dan berdoalah..
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar...dan sangat memandang berat usaha kita lakukan ke arah kebaikan..
Ingatlah badan kita ini amanah...anak-anak kita juga..Adalah tanggungjawab kita melindungi mereka.
.
Semoga Allah mencegah kita daripada bencana penyakit dan memberikan kesihatan yang lebih baik kepada kita..
Ameen..Barakallah li walakum.
.
Mohon SHARE ilmu ini sebagai peringatan. Ramai tak tahu benda simple ni..
Jangan lupa follow set SEE FIRST ya supaya tak ketinggalan topik kesihatan luar biasa insha Allah :)
.
Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?