6 Cara Cegah Asma

Ini lagi catatan yang diperlukan oleh pengunjung yang mempunyai masa kurang dari seminit. Kali ini saya senaraikan 6 Cara Cegah Asma secara semulajadi. Sedia.. 1...2...3..

Elakkan Makanan Diproses
Awas, makanan diproses dari susu boleh memburukkan asma kerana dapat menambah zat racun pada tubuh dan meningkatkna pengeluaran lendir yang mengganggu saluran pernafasan.

Sederhana Sejuk
Minum dalam keadaan sederhana sejuk, kerana ais atau sejuk dingin akan menyebabkan penyempitan pada saluran penting komponen pernafasan anda ini mengakibatkan serangan asma.

Terdedah kepada radikal bebas
Radikal bebas akan merosakkan saluran bronkus dna membuat gejala asma bertambah buruk. Oleh itu, makanlah makanan yang mengandungi antioksidan untuk menghalang radikal bebas seperti buah dan sayur.

Minum Teh Chamomile
Chamomile mengandungi zat anti-histamin yang akan membantu pada saat terjadi alergi asma.

Gunakan Tambahan Magnesium
Mengambil 500mg magnesium boleh melebarkan saluran bronkus dan membantu pernafasan. Cuba bayam, gandum, taugeh, dan okra untuk hasil terbaik.

Latihan Pernafasan dan Teknik Relaksasi
Bernafaslah perlahan melalui mulut atau hidung. Pastikan anda berada dalam keadaan tenagn dan jangan panik bagi memastikan asma tidak bertambah teruk.

Ok.. selamat mencuba.

sumber: Majalah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?