Minyak Bunga Borage Di Dalam GLA Complex

Borage atau bahasa saintifiknya dipanggil Officinalis Borago adalah tumbuhan herba yang berasal dari Syria. Minyaknya, diekstrak dari biji benih, digunakan oleh doktor naturopathic sebagai anti-radang, mengawal berat badan dan kesihatan kulit.


  • Sebagai Pelembap Kulit Dan Anti Penuaan 
Baik untuk kesihatan, melembutkan dan menganjal. Digunakan secara meluas dalam kosmetik, kerana kombinasi Omega 3 dan Omega 6 asid lemak menyuburkan epidermis. Tinggi dalam asid salisilik, minyak borage digunakan secara meluas dalam kosmetik sebagai anti-jerawat dan anti-septik.
  • Digunakan Dalam Manicure
GLA melembapkan dan menguatkan kuku, manakala asid salisilik menghapuskan jangkitan . Sapukan minyak borage ke kuku anda semasa manicure atau selepas mencuci tangan anda.
  • Untuk Kesihatan Rambut
Merawat rambut bercabang, rambut gugur dan masalah kulit kepala. Ia dapat menjana semula lapisan kulit kepala.
  • Mengurangkan Berat Badan
Satu kajian pada tahun 2007 menunjukkan minyak borage boleh mengawal dan menurunkan berat badan. Saintis menyatakan, kandungan GLA yang tinggi, membantu metabolisme dan boleh mengurangkan selera. Untuk menurunkan berat badan, ambil 1-2 kapsul Gamma Asid linolenik (GLA) setiap hari.
  • Athritis
Dikatakan ia boleh menyekat molekul yang menyebabkan keradangan sendi. Ambil 1-2 biji sehari. Jika diambil lebih daripada 3,000 mg GLA setiap hari, peningkatan keradangan mungkin berlaku.
  • Menstabilkan Hormon
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, mengurangkan PMS, mood swing, water retention dan payudara bengkak.
  • Melambatkan Menopause
Mengurangkan simptom menopos seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi, Pengambilan jangka panjang boleh melambatkan penuaan dan mengetatkan uterus.
  • Membaiki Masalah Prostat
GLA memperbaiki masalah prostat dan masalah kerap kencing.
  • Menentang Kanser
GLA ialah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh dan menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser 
 
Sumber : elnaomie.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?