Shaklee ... Bagaimana Saya Bertambah Yakin

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada semua pengunjung blog Jom Sehat Sekaki ini. Semoga tuan/puan sentiasa dilindungi dan diberkati Allah swt. Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar Nabi Kita Muhammad S.A.W dan para sahabat dan keluarga baginda.

Baik selalunya saya akan kemaskini dan memaparkan produk Shaklee dan panduan-panduan berkaitan. Sesekali saya akan merakamkan catatan panduan kesihatan. Amat jarang saya melakarkan coretan peribadi di dalam blog ini.

Namun, kali ini ada berbeza sedikit walaupun masih berlatar-belakangkan Shaklee. Ya Shaklee... pada catatan sebelum ini saya pernah bercerita tentang keterlanjuran saya menyertai Borneo International Marathon, iaitu marathon pertama seumur hidup. Itupun hanya 10KM. Bagi orang kebanyakan seperti saya, apalagi dalam kategori kaki bangku, tidak pandai untuk bermain sukan mahupun bersukan, aktiviti seperti ini adalah suatu yang menggerunkan. Saya tidak pernah mencuba untuk menguji kemampuan fizikal saya.

Namun, segalanya berubah sangat drastik.. Dalam tempoh kurang dari 4 bulan, saya mampu berlari sejauh 43km!! Suatu jarak yang tidak pernah terfikir di benak fikiran ini. Apa lagi jika anda mengikuti perkembangan sejarah larian marathon saya, 4 bulan yang lalu 3km larian pun saya bertungkus-lumus untuk menghabiskannya. Kemudian, sedikit demi sedikit saya meningkatkan jarak larian dan tempoh larian semakin laju. Daripada 3km kepada 4km, kemudian 5km, kemudian 7km, dan 7km lagi dan lagi 7km.

Kemudian saya mencabar diri dengan 10km larian dengan 2 kali rehat dengan catatan masa 1 jam 13minit. Kemudian 12km dalam tempoh sejam setengah. Latihan ini adalah terakhir sebelum saya menyertai Full Marathon saya yang pertama di Langkawi pada 9 Ogos 2014 yang lalu. Saya menghabiskan larian + jalan dalam tempoh masa 8jam 30minit. Suatu pencapaian yang diluar jangka. Tidak cukup dengan itu, seminggu kemudian saya menyertai pula Larian Kuching Marathon dengan jarak Half Marathon (21KM). Pada kali ini, saya memang berlari, kalaupun ada berjalan hanya sekadar kurang dari 500meter. Ya, ini memang benar. Dan saya menghabiskan larian dalam tempoh 2jam 36minit!

Dalam penceritaan ini, saya bukan sekadar menceritakan perkara-perkara mustahil ini, tetapi saya berjaya melakukannya dengan usaha keras. Usaha keras dengan izin Allah swt. Tidak cukup dengan usaha, saya perlu mengakui bahawa setiap latihan yang saya buat, saya akan menggunakan Shaklee sebagai suplemen tidak kira sebelum, semasa dan selepas latihan dibuat. Suplemen utama saya ialah AJHT (paling penting), Performance Drink dan Ostematrix. Kenapa AJHT saya katakan paling penting, kerana kaki adalah anggota tubuh yang paling bekerja keras untuk berlari atau Marathon. Apalagi dengan sejarah saya yang tidak terlibat dengan sebarang jenis sukan sebelum ini. Maka, AJHT membantu saya kekal cergas dan sihat. Tekanan yang diberikan oleh Marathon terhadap kaki sangat berbeza. Justeru, saya tidak boleh meninggalkan suplemen AJHT ini. Setiap hari samada semasa latihan ataupun tidak, saya akan WAJIB telah 2 biji AJHT.

Performance Drink saya minum semasa latihan dan selepas latihan. Shaklee ini memang terbaik. Bila mana Shaklee menyediakan produk minuman elektrolit ini, saya terasa perbezaan meminumnya selepas latihan khususnya. Performance Drink adalah alternatif minuman selain dari Kelapa yang menjadi sumber elektrolit semulajadi. Cuma atas keterbatasan peralatan, saya tidak membawa Performance Drink semasa ber'Marathon. Ostematrix pula saya akan makan 4 biji sebelum mulakan larian. Iaitu sejam sebelum larian. Saya tidak berani minum sebelum tidur, khuatir terlajak tidur almaklumlah larian marathon bermula seawal 4.30 pagi untuk Full Marathon ataupun 5.00 pagi di Kuching tempoh hari untuk 21 KM (Half Marathon).

Selain daripada AJHT, Performance Drink dan Ostematrix, saya juga mengambil suplemen Shaklee seperti B Complex, SR Vita C Plus dan VitaLea sebelum acara marathon. Kenapa? Fungsi ketiga-tiga suplemen ini sangat diperlukan dalam sukan seperti marathon ini. Makanan yang dimakan, perlu diserap dan ditukarkan kepada tenaga dalam kadar yang segera. Oleh itu, berdasarkan pembacaan fungsi dan manfaat B Complex, SR Vita C Plus dan VitaLea ini, saya mengambil keputusan untuk mengambilnya sebelum berlari. Dan Alahmdulillah... semuanya berjalan lancar seperti yang dikehendaki.

Inilah sebenarnya #ShakleeEffect dalam kehidupan baru saya. Dengan mengamalkan suplemen Shaklee, saya bertambah yakin untuk aktif dalam marathon ini. Siapa sangka kan, dalam tempoh kurang 4 bulan ini, saya bukanlah seperti sebelum ini. Memang tidak salah, saya mengamalkan Shaklee.

Saya sudah mengambilnya sebagai suplemen bukan sahaja untuk marathon, tetapi juga sebagai pemangkin kepada kesihatan yang lebih lagi di masa akan datang. Jika anda merasakan catatan ini baik untuk dikongsi dan menjadi inspirasi kepada anda, apa kata anda share kebaikan SHaklee kepada seluruh keluarga, rakan dan jiran anda.

Anda boleh memilih siapapun Pengedar Shaklee untuk mendapatkan produk pilihan anda, ataupun terus menghubungi saya. Jauh atau dekat bukan lagi satu alasan untuk tidak mengamalkan Shaklee sebagai suplemen pilihan anda. Samada mahu atau tidak sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?