Mengadu Saja Tidak Mendatangkan Kesan Melainkan Berubah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
terima kasih kerana tidak putus-putus melawat dan mengunjungi blog ini. Blog yang dikhususkan memberikan info dan panduan kesihatan. Saya akui saya bukan doktor yang mendapat ijazah daripada mana-mana institusi yang diiktiraf, justeru segala info di dalam ini saya ambil hasil daripada pembacaan blog, fb ataupun buku / majalah kesihatan.

Bukan semua kita mempunyai kelapangan dan kesempatan untuk membaca info kesihatan, apa lagi kebanyakan kita memandang remeh aspek kesihatan. Kita hanya akan peduli bila demam, selesema, batuk ataupun sakit teruk. Itupun hanya seketika.

Apapun topik kali ini bukan berkaitan secara langsung tentang kesihatan. Kalaupun tentang kesihatan, ianya berunsurkan kesihatan kewangan. Adik saya selalu membebel tentang pengurusan kewangan yang ramai sangat FAILED! termasuk saya sendiri. Bukannya gaji tidak banyak, banyak. Cuma hati tidak kuat untuk menahan tuntutan KEHENDAK bukan KEPERLUAN.

Ramai kita banyak mengadu dan komplen tentang gaji atau duit yang tidak mencukupi. Sehinggakan terpaksa meminjam ataupun berikat perut di pertengahan bulan. Ramai juga antara kita yang mengadu kos sara hidup semakin meningkat tetapi pun begitu, masih juga makan di luar dan sanggup membayar harga makanan sepiring RM30!! minuman  RM15!! itupun masih dikira murah oleh sebahagian besar kita yang mengadu kos sara hidup tinggi. Pelikkan?

Saya mengajak anda yang merasakan kos sara hidup semakin meningkat untuk BERUBAH. Cari lah pendapatan kedua atau sampingan. Jangan terlalu mengharap dengan Gaji yang diperolehi dihujung bulan. Saya sendiri mula berjinak dengan Shaklee ini, sejak Mei 2013. Alhamdulillah.. Shaklee bukan sahaja memberikan nafas kepada saya dan keluarga, Shaklee juga mengajar dan mendidik cara-cara berniaga yang baik.

Apa yang lebih menarik saya, Shaklee mengajar agar kita lebih dekat dengan Allah swt. Apapun yang dibuat wajib disandarkan kepada Allah. Saya pasti inilah cara berniaga yang dituntut dalam agama.

Jadi, berhenti lah mengadu kerana mengadu tidak mendatangkan kesan kepada ekonomi sendiri melainkan berubah. Mengadu dan komplen tidak memberikan apa-apa manfaat. Peluang dibuka depan mata, hanya diri sendiri yang perlu menjawab.

Seandainya, anda terbuka hati dengan membaca catatan ini, anda boleh menghubungi saya dan sama-sama berubah. Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang untuk tuan/puan, andai anda sendiri tidak mampu bermimpi menggapainya. Peluang dan rezeki adalah ditangan masing-masing.

Assalammualaikum dan Salam Ceria.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?