Selamat Hari Raya- Jom Beraya dengan Shaklee

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Pertamanya saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung dan pelawat blog ini. Saya yakin bukan semua catatan dalam blog ini memberikan kesan positif kepada tuan/puan. Kadang-kadang catatan dalam blog ini menyindir dan terkena pula batang hidung tuan/puan. Bukan niat untuk menyindir, cuma kadang-kadang gaya bahasa yang diluahkan oleh saya penting untuk menyedarkan betapa kita sebenarnya tidak pernah peduli dengan kesihatan kita.

Cuma saya berharap kita termasuk dalam golongan yang SEMPAT untuk bersyukur dan menikmati kesihatan yang dipinjamkan Allah kepada kita. Kita masih mampu berdiri dan berjalan mengunjungi sanak saudara di Hari Raya ini. Kita masih mampu memilih dan makan apa sahaja tanpa perlu berpantang makanan dan minuman. Ada yang tidak boleh lagi makan daging dan makanan bergoreng. Sebab itu saya tekankan betapa kita WAJIB mensyukuri segala nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Kita masih mampu bernafas sendiri tanpa mengharap bantuan mesin oksigen ataupun baring di katil sepanjang takbir dilaungkan.

Allahu Akbar.. Allahu Akbar... Allahu Akbar..
Namun sambil kita beraya, jangan pula terlalu taksub makan apa sahaja di musim raya. Rugi yang amat.. rugi sangat bila kita mampu berpuasa di siang hari selama sebulan, namun sukar untuk berhemah ketika di musim raya. Alasan bermacam juadah sepanjang raya yang dihidang di rumah kunjungan amatlah tidak munasabah. Tidak mungkinlah sebulan tidak mampu menjadi benteng kukuh untuk kita tidak menjamah semua jenis makanan di musim raya kan...

Di musim raya ini, saya dan keluarga tidak lupa untuk terus menggunakan Shaklee sebagai pembantu mengurangkan kolestrol yang masuk dalam badan. Jika ditanya saya, saya sentiasa mengamalkan Omegaguard dan Alfalfa Complex sebagai pembakar lemak dan detoksifikasi. Alah bisa tegal biasa. Bak kata pepatah, itu sudah menjadi amalan harian.

Akhir kata, Selamat Hari Raya sekali lagi dan Maaf kan segala kesilapan kekhilafan sepanjang blog ini ditulis. Teruskan membaca dan nantikan catatan saya akan datang.

Assalammualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?