10 Tips Mendidik Anak Mengemas Mainan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Semalam saya ada terbaca 7 Tips mendidik anak mengemas mainan. Selepas saya membaca, saya menyedari ada beberapa perkara lagi yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dan anak-anak dalam mendidik anak mengemas mainan.

Tips ini merangkumi sentuhan psikologi dan tindakan fizikal. Jangan risau, kesemua tips ini tidak mengandungi unsur-unsur keganasan. Saya jamin dan pasti.





  1. Gameshow - Anak2 tertarik dengan aktiviti yang menggembirakan bukan. Anak2 tidak suka arahan. Jadi apakata sebagai ibubapa anda jadikan aktiviti mengemas mainan ini sesuatu yang menggembirakan seperti Gameshow.  Ibubapa berlumba dengan anak2 mengemas mainan kedalam tong mainan. Bagaimana memilih pemenang? Tidak perlu pilih sebab diawal permainan pun sudah diketahui siapa yang menang. Anak!!
  2. Bunyi - Anak2 juga pasti tertarik dengan bunyi-bunyian. Ibubapa harus menyelami dan berada di dunia anak2 jika ingin dipatuhi. Maka jangan malu, semasa mengemasmainan sertakan sekali bunyi mainan tersebut. Jika bunyi kereta bomba, bunyikan siren, jika bunyi robot buatlah gaya robot sehinggakan jika mengemas mainan masak2 bunyikanlah kuali dan senduk berlaga. Wow mesti meriah aktiviti mengemas ini. Boleh jadi lebih meriah dari main.
  3. Gunakan cas-cas positif - Anak2 sangat tidak sukakan ibubapa mengganggu mereka bermain. Sianga atau malam tiada dalam kamus mereka. Jadi bagaimana hendak memujuk mereka mengemas mainan ataupun bahasa lebih mudah berhenti main? Gunakanlah kemahiran anda dengan meluahkan cas-cas positif seperti berjanji akan main lagi keesokan harinya. 
  4. Pujian - Anak siapa yang tidak suka dipuji. Semua anak suka dipuji. Merekalah yang terhebat dan cergas. Semasa mengemas mainan, lemparkan kata-kata pujian seperti cantiknya sususan, pandainya menyusun ikut jenis dan sebagainya.
  5. Sentuhan terakhir - Ibubapa wajib bersama2 mengemas mainan anak2.  Jangan harapkan anak semata2 sebab akhirnya ibubapa sendiri akan mengemas mainan sendirian tanpa bantuan anak2.  Oleh itu, berganding bahu dan bekerjasamalah semua ahli keluarga untuk mengemas mainan. Dan... biarkan mainan terakhir dikemas oleh anak sebagai penghargaan.
  6. Rumah mesti kemas - Bagaimana ibubapa mengharapkan anak2 mengemas mainan jika keadaan rumah anda berselerak? Tepuk dada tanya selera. Kepimpinan melalui teladan adalah yang terbaik. Pastikan rumah juga kemas dan teratur jika hendak anak2 mengemas mainan sendiri.
  7. Asingkan mainan - Saya pasti ibubapa membeli mainan sedikit demi sedikit. Boleh dikatakan hampir setiap tahun atau mungkin setiap bulan ada saja mainan baru yang ibubapa beli untuk anak2. Apa kata anda asingkan mainan yang lama dan baru. Ini memudahkan anak anda mengemas mainan yang perlu sahaja. Kadang2 anak suka membongkar SEMUA mainan yang ada dalam kotak mainan padahal yang dimain hanya beberapa jenis sahaja. Bila banyak mainan, semakin banyak masa yang akan dihabiskan. Aktiviti mengemas akan jadi aktiviti yang perlu dielakkan oleh anak. Percayalah.
  8. Mainan bersaiz besar - Mungkin ini boleh dipertimbangakn sebelum membeli mainan.  Mainan bersaiz besar mudah dikemas dan mengambil masa yang singkat.
  9. Jangan beli - Siapa sanggup melihat anak hanya memerhatikan mainan di pusat membeli belah. Siapa sanggup membiarkan anak menangis sekuatnya semata2 ibubapa mengelak membeli mainan. Tetapi ini antara pilihan mendidik anak mengemas mainan. Kejam tetapi berbaloi juga rasanya.
  10. Ugut - Jangan sesekali mengugut anak anda dengan membuang mainan anak jika mereka tidak mengemas mainan semula. Ini tabiat sangat buruk. Anda mengajar satu perkara iaitu tidak menghargai barang. Jangan semudah itu dan jangan sesekali berbuat demikian.
Inilah antara 10 tips mendidik anak mengemas mainan. Jika anda ada pendapat lain sila berkongsi dengan saya untuk kebaikan bersama juga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?