10 Tip Memilih Pakaian Si Comel



Membeli pakaian anak-anak adalah perkara yang PALING MENGUJAKAN. Apatah lagi jika Si Comel anda adalah yang pertama atau yang sulung. Namun ada ketikanya timbul dilema dalam memilih pakaian buat yang tersayang. Bahkan lebih mengecewakan, ada ibu bapa yang terlupa untuk mengambil kira perkara berikut akibat teruja. Harus diingat, anak-anak kecil yang comel ini belum mampu untuk menyuarakan ketidakselesaan pakaian melainkan hanya dengan reaksi menangis.

Oleh itu, apakata ikuti 10 Tip Memilih Pakaian Si Comel anda ini, dan semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda sebagai ibu bapa dalam memilih pakaian untuk si comel anda.

1. KAIN KAPAS
Apabila membeli pakaian anak-anak, kriteria yang perlu anda utamakan adalah kualiti. Kulit anak-anak biasanya sensitif. Mereka memerlukan bahan-bahan terbaik untuk dipakai. Kain Kapas  adalah bahan yang terbaik untuk anda pilih kerana ia material yang baik dan sesuai untuk anak anda.



2. BASUH SELEPAS BELI
Jika anda ingin memastikan pakaian si comel anda selamat, anda perlu membasuh dahulu pakaian yang baru dibeli. Begitu juga dengan tuala, linen, cloth diapers atau barangan tekstil yang lain. Ia penting bagi mengelakkan daripada si comel dijangkiti bahan yang melekat pada baju atau barangan lain yang mungkin merengsakan kulit anak- anak. Tambahan pula, bau pakaian baru dibasuh pasti lebih wangi kan!

3. SAIZ YANG SESUAI!
Anda mungkin tahu saiz pakaian si kecil, namun anda juga perlu hati-hati apabila memilih saiz pakaian. Ada ketikanya anda salah percaturan yang akhirnya menyebabkan anda tersalah memilih saiz yang sesuai. Pilih kedai atau kedai online yang menawarkan khidmat mengembalikan atau menukar pakaian yang dibeli supaya anda tidak membazir begitu sahaja.

4. PILIH WARNA TERANG
Pilihlah warna-warna terang dan ceria untuk si comel anda terutamanya anak solehah mama. Warna-warna cerah seperti kuning, hijau, merah jambu dan ungu pasti menjadi pilihan. Warna hitam juga boleh dipadangkan buat si comel anda yang manis.

5. TIDAK BANYAK WARNA
Anak Soleh pula sesuai dipakaikan dengan baju T bersama denim atau seluar daripada kain kapas. Jika mahu memilih baju berbelang atau petak pastikan anda tidak memilih baju yang menggunakan banyak warna.

10 Tips Memilih Pakaian Si Comel

6. COMEL, CERAH & RINGKAS
Baju yang sesuai dipakaikan dengan anak-anak ialah yang kelihatan comel apabila dipakai, berwarna cerah dan ringkas dimana akan memberi kesan kelihatan lebih sihat, bersih dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.

7. HANYA 3 WARNA
Jika suka dengan baju bercorak atau berbunga, pastikan anda tidak memilih baju yang mempunyai lebih daripada tiga (3) warna. Pilih juga corak yang tidak terlalu besar dan rapat.

8. BERSAIZ BESAR
Carilah baju yang bersaiz besar untuk memberikan keselesaan kepada si comel ketika memakainya. Malah , ianya membantu pengaliran udara dengan baik dan mampu mengelakkan ruam terutamanya ketika meronda kompleks membeli-belah atau melawat saudara-mara.

9. MUDAH DIBASUH
Beli baju yang mudah dibasuh dan fabrik yang selesa. Jika beli baju yang berwarna pastikan warna yang tidak mudah luntur apabila dibasuh.

10. PELBAGAIKAN GAYA
Untuk mengikuti perkembangan fesyen terkini, anda tidak semestinya membeli pakaian yang mahal sahaja. Paling penting anda pelbagaikan gaya dan padankan kain yang berwarna serta menggabungkan warna dan fesyen.

Demikian tadi 10 Tip Memilih Pakaian Si Comel. Jika anda rasa info ini bermanfaat dan berguna untuk orang lain,  feel free to share semoga ianya dapat membantu ibu bapa meraikan anak-anak.

Selamat Mencuba.

Kami adalah Pengedar Shaklee di Kota Kinabalu sehingga Tuaran dan Papar.

Kami juga menyediakan penghantaran tunai di sekitar Kota Kinabalu sehingga Tuaran dan Papar.

Kami juga pengedar Shaklee di Kota Kinabalu, Sandakan, Telupid, Lahad Datu dan negeri Sabah secara khusus dan seluruh Malaysia secara amnya. Penghantaran di Semenanjung Malaysia adalah RM15 dan di sekitar Sabah adalah RM20.

Hubungi saya Irman Rahaban
Pengedar Bebas Shaklee
012 869 3236
COD Kota Kinabalu sehingga Tuaran dan Papar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?