Bahaya Menggunakan Rokok Elektronik / Vaping

Antara isu kesihatan yang heboh pada masa kini ialah Rokok Elektronik ataupun lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Vaping. Pelbagai respon dapat kita dengar tidak kira yang menyokong penggunaan Vaping dan tidak kurang juga yang menentang keras penggunaan Vaping. Lain lagi isunya mereka yang membandingkan Rokok Elektronik ini dengan Rokok Biasa.

Tetapi isu kali ini saya akan fokuskan mengenai bahaya Rokok Elektronik / Vaping ini kepada kita. Anda bebas untuk menerima atau menolak pendapat ini. Namun saya kongsikan disini moga-moga akan mendapat sedikit sebanyak dalam membantu anda membuat penilaian mengenai Vaping ini.

Definisi Rokok Elektrik
 
Rokok elektrik adalah sejenis alat yang digunakan untuk memanaskan suatu cairan tertentu sesuai rasa kegemaran penggunanya. Cairan yang digunakan untuk dipanaskan tersebut mengandungi nikotin seperti rokok biasa. Dengan melakukan penelitian, rokok elektrik juga mengandungi karsinogenik iaitu zat yang membawa kepada kanser.

Vaping atau menggunakan rokok elektrik menimbulkan asap yang lebih banyak berbanding rokok biasa. Selain dapat merosakkan lapisan ozon, asap dari rokok elektrik ini juga menimbulkan ketidakselesaan bagi orang-orang disekeliling. Meskipun begitu, masih banyak yang beranggapan bahwa rokok elektrik tidak berbahaya seperti rokok biasa.

Apabila rokok mempunyai banyak jenama, lain pula halnya dengan rokok elektrik. Rokok elektrik memiliki banyak jenis dan juga memiliki bentuk yang berbeza. Bermula dari bentuk yang sederhana hingga bentuk yang eksklusif. 
 
Menggunakan rokok elektrik sebagai jalan keluar untuk berheti merokok sebenarnya adalah hal yang kurang benar. 
Selain impak buruk yang ditimbulkan, rokok elektrik juga sebenarnya sangat boros dalam penggunaannya kerana harus menggunakan elektrik dan harus dicaj setiap kali ingin memakainya.

Meskipun rasanya bervariasi, namun rokok elektrik juga memiliki bahaya atau kesan buruk bagi kesihatan tubuh. Berikut bahaya-bahaya bagi kesihatan tubuh apabila menggunakan rokok elektrik.

Bahaya Menggunakan Rokok Elektrik

Menimbulkan Kanser

Rokok elektrik ternyata juga dapat menyebabkan kanser. Bahkan hingga 10 kali ganda daripada menggunakan rokok biasa. Zat yang terkandung dalam cairan rokok elektrik yang bernama formalin adalah yang menyebabkan terjadinya kanser tersebut.

Bersifat Ketagih

Rokok elektrik merupakan cara lain untuk memasukan nikotin ke dalam tubuh. Nikotin sendiri merupakan zat yang mendorong dan menyebabkan penggunanya ketagihan. Dengan begitu, rokok biasa dan rokok elektrik hampir tidak ada bezanya.

Penyakit Saluran Pernafasan

Menggunakan rokok elektrik juga dapat menyebabkan penyakit saluran pernafasan. Tidak jauh berbeza dengan rokok biasa, rokok elektrik juga membuat asap dari rokok tersebut masuk ke dalam tubuh untuk kemudian dikeluarkan lagi. Kuantiti asap yang masuk dan asap yang keluar tidaklah sama. Asap yang masuk lebih banyak berbanding asap yang keluar. Dalam kejadian ini dapat disimpulkan bahwa ada asap yang tertinggal didalam tubuh yang kemudiannya akan merosakkan saluran pernafasan.

Kesimpulan
Ingatlah orang orang yang anda sayangi untuk berhenti merokok atau menggunakan rokok elektrik. Dengan begitu mungkin jumlah perokok atau pengguna rokok elektrik bisa menurun. Tidak kira samada anda perokok ataupun menggunakan Vaping, lebih baik jika anda berhenti merokok.

Ulasan

  1. wah bahaya juga ya, emang rokok gak ada yang bener-bener aman apapun bentuknya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?