6 Cara / Teknik Meningkatkan Followers Intagram Untuk Usahawan

6 Cara dan teknik meningkatkan followers instagram ini adalah menurut pandangan jutawan Internet Malaysia, Saudara Irfan Khairi.

Kita maklum pelbagai medium media sosial yang boleh dijadikan sebagai 'kedai alam maya' untuk kita menarik pelanggan mengunjungi dan seterusnya membeli produk jualan kita. Kalau dulu blog, webpress dan website .com menjadi pilihan, kini Facebook, Twitter dan Instagram menjadi medium alternatif untuk menjual produk.

Hari ini saya kongsikan bersama, untuk semua yang datang mengunjungi blog Jom Sehat Sekaki ini.

6 Cara / Tips adalah seperti berikut :-

1. Instagram yang bertema
Fikirkan tema untuk instagram anda dan gunakan tema tersebut secara konsisten. Contoh seorang jurugambar dengan tema gambar yang menarik dan abstrak. Seorang motivator dengan kata-kata motivasi. Seorang pelari dengan gambar larian dan sebagainya. Dan pastinya kalau anda Pengedar Shaklee Sabah, tema gambar mestilah menjurus Shaklee. Instagram yang mempunyai tema yang khas dapat menarik peminat dalam bidang yang dipaparkan. Boleh lari dari tema sekali sekala, tetapi yang penting bila oran fikirkan instagram anda, orang tahu tema yang anda akan kongsikan.

2. Konsisten dalam perkongsian gambar
Mana-mana medium sekalipun, konsisten adalah kuncinya. Sama ada hari-hari, seminggu sekali, setiap Jumaat. Sama seperti rancangan dalam tv, orang / follower tahu bila waktu yang akan anda kongsikan. TETAPI jangan terlalu kerap pula, takut membosankan orang.

3. Kisah gambar yang menarik dan tidak bosan.
Pastinya ini penting. Fikirkan apa yang menarik atau kisah yang boleh disampaikan melalui gambar. Contohnya gambar selipar jepun anda di pantai adalah bosan, selfie di tepi pantai... emm OK la sedikit. Namun, selfie dalam air sedang snorkeling membuatkan gambar kisah anda akan jadi sangat menarik.

4. Gunakan #hashtag
Gunakan #hashtag yang berkenaan. Tidak sahaja menggunakan hashtag yang popular, tetapi cuba gunakan hashtag yang berkenaan dengan gambar yang diambil. Hashtag adalah untuk memudahkan orang mencari gambar yang mempunyai tema yang sama dan mungkin akan follow mereka. Oleh itu gunakan hashtag yang betul. Satu lagi tip, ciptakan hashtag anda sendiri supaya memudahkan orang mencari gambar-gambar bertema anda juga pada bila-bila masa. Cuma janganlah gunakan hashtag yang ntahapapantah.. maksud saya, anda buat hashtag yang anda sendiri guna sekali seumur hidup. itu dipanggil hashtag yang mengada-ngada.

5. Berinteraksi dengan lain
Instagram adalah media sosial. Oleh itu, anda juga perlu bersosial. Jangan trip artis sangat. Jangan jadikan instagram anda bersifat sehala, tetapi anda juga perlu berinteraksi dengan mereka di instagram. Apabila seseorang follow anda, mungkin anda juga boleh follow mereka. Apabila mereka komen mungkin anda boleh komen juga. Like dan komen gambar-gambar instagramers yang lain dan jadikan diri anda sebahagian dari komuniti diinstagram- bersosial melalui gambar dan interaksi.

6. Gambar yang menarik dan cantik
Pastinya kualiti gambar memainkan peranan yang sangat penting. Sebab itu juga, jurugambar sering mendapat followers yang ramai oleh kerana berjaya kongsikan gambar yang berkualiti dan menarik. Belajar asas fotografi untuk ketahui cara-cara mengambil gambar yang menarik. Tidak semestinya anda mesti pakar, tetapi dengan mengetahui elemen-elemen yang boleh menjadikan gambar anda menarik, akan berjaya menarik lebih ramai followers. Kongsikan tema anda yang konsisten melalui gambar yang menarik untuk dilihat oleh orang ramai.

Demikian sedikit perkongsian hari ini, jika anda rasa catatan ini menarik, apakata kongsikan kepada teman-teman anda juga.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?