Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?

Sebelum ni pernah dengar bahaya merkuri di termometer kalau pecah. Tapi selagi belum kena, selagi itulah masih ambil sambil lewa.

Khamis lepas, terjadi di rumah kawan sendiri. Termometer leaking atau bocor tanpa disengajakan. Mula2 panggil bomba, kemudian panggil pasukan HAZMAT untuk proses selanjutnya.

Maka saya pun google lah sedikit info berkaitan apa yang itu merkuri dan apa tindakan yang sepatutnya diambil.

Apa dia Merkuri atau Raksa?

Mercury merupakan bentuk logam cecair berwarna perak. Merkuri digunakan pada alat-alat 'laboratorium' seperti termometer raksa, termostat, spignometer, barometer dan lain-lain. Secara umum logam merkuri wujud dalam bentuk cecair pada suhu blik sekitar 25 darjah celcius dengan takat beku -39 darjah celcius. 

Merupakan logam yang paling mudah menguap. pengalir yang baik dan digunakan sebagai penghantar elektrik yang baik. Dapat membentuk aloi dengan logam lain (disebut juga dengan amalgam).

Bahaya Merkuri

Sebagaimana diketahui, merkuri adalah bahan yang berbahaya kepada manusia. Merkuri adalah logam berat yang boleh mendatangkan beberapa penyakit berbahaya. Merkuri boleh masuk ke dalam tubuh dan tersimpan dalam darah. 

Merkuri biasanya masuk ke dalam tubuh manusia melalui makanan atau minuman yang tercemar bahan-bahan merkuri. Boleh juga masuk melalui penafasan kerana merkuri boleh meruap dengan mudah.

Isu-isu persekitar berkaitan Merkuri 



Mei 2016 lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang melakukan kerja membersihkan sejumlah merkuri yang ditemui dibuang di sebuah pondok di kawasan ladang sawit di Bukit Tok Alang. Kerja pembersihan dilakukan selepas seorang daripada remaja menunjukkan lokasi yang menjadi punca pencemaran merkuri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu dan di beberapa rumah penduduk kampung di situ.


Sebelum ada juga isu sebuah rumah tertumpah themometer merkuri yang terpaksa memanggil Jabatan Bomba untuk membersihkannya.



Ramai orang tak tahu bawa bateri argentum oksida juga mengandungi merkuri. 

Cara penyelanggaran jika berlaku pencemaran merkuri

Merkuri yang tumpah akibat daripada thermometer yang pecah misalnya dapat masuk ke dalam tubuh manusia melalui saluran pernafasan. Ketika termometer pecah, sebahagian dari merkuri menguap ke udara. Merkuri tersebut jika terhirup oleh manusia yang berada di dekatnya boleh membawa kesan yang bahaya.

Termometer pecah dan merkuri tumpah ke lantai. Bila lantai dibersihkan dengan air, maka air bekas pencucian yang tercemar merkuri akan masuk dalam longkang, maka merkuri akan mencemari lingkungan longkong.

langkah-langkah cadangan sekiranya terjadi kejadian seperti tadi;

1. Suruh pelajar berkumur banyak kali. Periksa mulut sekiranya ada luka sebab luka memudahkan masuk ke dalam badan.

2. Buka tingkap, pintu, jika ada aircond  atau kipas tutup semua. Biar udara beredar semulajadi daripada luar.

3. Jangan Vacum tumpahan merkuri itu  kerana panas sedutan vacum boleh menyababkan merkuri meruap. Meruap memudahkan merkuri masuk ke dalam badan. Kalau ada glove guna glove. Kutip merkuri tu perlahan-lahan sebab merkuri ni bila disentuh akan terpecah-pecah. Lebih baik letak sulphur atas merkuri dan kutip perlahan-lahan.

4. Letak dalam beg kertas/plastik. ikat atau balut semula. Buang atau tanam (lebih selamat).

5. Bawalah pelajar itu ke hospital untuk pemeriksaan jika ada kesan sampingan akibat pencemaran merkuri seperti mual, muntah atau lemah badan.

6. Pantau kesihatan pelajar berkenaan dalam masa 2 minggu. Lihat sekiranya ada ciri-ciri mual, muntah, demam atau lemah-lemah tubuh badan terutamanya bahagian kaki.

Ulasan

  1. masa zaman sekolah dulu termometer pastu saya pegang..makin pegang makin kecik jadi😂nakal sangat nasib baik xde pape🤭

    BalasPadam
  2. termometer tu pecah...pastu sy pegang merkuri tu..😫

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention