Minuman 3 in 1 Mengandungi Gula Yang Banyak

Bukan benda baru dan ianya bukan mengejutkan. Minuman paket 3in1 atau 4in1 mahupun 7in1 ini adalah perkara yang sudahpun pernah digembar-gemburkan sebelum ini. Cuma diatas tiket ringkas, cepat dan mudah, isu keselamatan kesihatan minuman ini tidak popular. Apatah lagi ianya hanya berbentuk hipotesis dari orang yang tidak berkelayakan.

Hanya apabila yang bercakap ini orang pakar dalam bidang berkaitan, barulah isu ini diterima dan relevan untuk dibincangkan.

Petikannya seperti berikut:-

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.

"Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan. Sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh. 

"Namun, ramai yang tidak menyedarinya kerana telah ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut," katanya. 


Menurut Prof Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar. 

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius. -Dr.Zubaidi.

Apalah salahnya kita luangkan sedikit masa untuk membancuh minuman dengan sukatan yang sesuai dengan kita. Ini lebih baik untuk masa depan kesihatan kita. Kesihatan Itu Mahal Harganya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?