6 Golongan Perlukan Lebih Protein; Adakah Anda Salah Seorang.

Tidak dinafikan bahawa protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh anda memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum.

Walaubagaimanapun, keperluan protein harian anda bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal anda.

ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA?

Berikut adalah 6 Golongan Perlukan Lebih Protein.

1.
BINA BADAN
Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan.

Ambil lebih banyak protein untuk:

• Membina semula dan memperbaiki otot.
• Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.

TIP: Untuk kesan yang lebih baik, ambil minuman/ makanan berprotein sebelum dan selepas senaman.

2.
BAKAL IBU
Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi.

Ambil lebih protein untuk:
• Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
• Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga
di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
• Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.

3.
IBU YANG MENYUSUKAN BAYI
Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.

Ambil protein untuk:
• Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu.
• Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu.

4.
PERTENGAHAN USIA
Apabila anda memasuki usia pertengahan, badan anda mengalami penurunan dalam prestasi termasuk
kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami.

Ambil lebih banyak protein untuk:
• Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
• Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.

TIP:
Tambah 25g protein soya ke dalam diet harian anda kerana ia telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan risiko paras kolesterol yang tinggi.

5.
MENJAGA BERAT BADAN
Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan sesorang dengan kadar metabolisme yang rendah.

Ambil lebih banyak protein untuk:
• Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.
• Membantu mengawal pengambilan kalori2 untuk pengambilan makanan seterusnya.
• Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme anda.

6.
PENGGEMAR MANISAN
Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan.

Ambil lebih protein untuk:
• Menstabilkan paras gula dalam darah.
• Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin

BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN PENGAMBILAN PROTEIN?

Jika anda adalah salah seorang daripada golongan di atas, cara yang paling mudah untuk anda meningkatkan pengambilan protein anda adalah melalui pengambilan serbuk protein.

Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda atau anda boleh gabungkannya dengan buah kegemaran anda untuk sarapan yang lebih sihat.

Nantikan artikel seterusnya dimana kami akan membantu anda memilih serbuk protein yang terbaik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?