5 Sebab Berhenti Fikir Apa Yang Orang Kata Di Belakang Kita

Saya catatkan disini catatan seorang di Facebook mengenai perkara di atas sebagai pembakar semangat dalam berniaga ini.

1. Mustahil Kita Dapat Jaga Hati Semua Pihak.
2. Kita Cipta Stress Yang Tidak Perlu.
3. Kita Sabotaj Diri Kita.
4. Semuanya Tentang Diri Kita / Berbalik Dengan Diri Kita Juga.
5. Penilaian Orang Terhadap Kita Tidak Penting.

Ada betulnya apa yang dirumuskan oleh beliau ini.

Saya dapat kaitkan dengan sebuah filem yang baru sahaja saya tonton iaitu Dangal (Penggusti) , sebuah filem Bollywood yang diarahkan oleh Aamir Khan.


Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita.

Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya.

Seorang isteri dan ibu yang terpaksa menelan segala makian dan cercaan orang kampung mengenai anak-anaknya kerana patuh dengan suaminya.

Akhir cerita, beliau mencipta kejayaan demi kejayaan untuk menutup mulut-mulut orang yang berkata buruk mengenai dirinya dan keluarganya.

Daripada sebuah keluarga yang sentiasa dikecam orang kampung, bertukar kepada keluarga yang menjadi ikon negara India.

Begitulah seharian hidup kita ini, kita tidak akan kemana kalau memikirkan apa yang akan orang lain kata.

Selamat Maju Jaya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?