Produk Shaklee Ada Kelulusan KKM

Seperti biasa setiap tahun ada saja orang akan cuba menjatuhkan kredibiliti Shaklee.

Terbaharu ada yang kata buah pinggang rosak kerana makan shaklee 7 bulan. Kesian mendengarnya tapi benarkah?

Kami menggunakan Shaklee sejak 5 tahun yang lepas dan Alhamdulillah sehingga kini masih menggunakan Shaklee kerana kami nampak kesan Shaklee kepada tahap kesihatan kami sekeluarga.

Shaklee begitu teliti dalam menghasilkan produk sebelum dipasarkan. Walaupun ianya hanyalah suplemen atau makanan tambahan, tetapi kesihatan bukanlah sesuatu yang boleh dikompromi.

Kerana sekali sakit, bukan mudah untuk mengubati dan kembali kepada kesihatan yang asal.

Berbalik dengan tajuk Produk Shaklee ada Kelulusan KKM, apa itu KKM?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini mempunyai syarat yang sangat ketat. Itulah ada antara produk shaklee sehingga kini masih belum dijual Zinc Complex dan Chewable Vita C Plus.

Telitinya Shaklee sehingga iklan dalam booklet shaklee pun mendapat kelulusan KKLIU.

Apa pula KKLIU?

KKLIU ialah Kementerian Kesihatan Lembaga Iklan Ubat.

Shaklee bukan produk yang tangkap muat demi memenuhi trend masa kini. Sejak 60 tahun yang lalu, Shaklee konsisten bahkan produk shaklee mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sebagai contoh, ESP Shaklee adalah menggunakan soya Non-GMO dan mendapat pengesahan IPP iaitu Identity Preserved Program.

Omegaguard Shaklee pula mendapat pensijilan Friends of The Sea.

dan

Jangan terkejut B Complex Shaklee disenaraikan dalam National Essential Medicine List.

Jadi kenapa harus ragu dengan Shaklee kalau ianya memberikan manfaat untuk kebanyakan orang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?