Berfutsal di Juara Futsal Court, Putatan

Janji harus ditepati. Satu grup watsapp telah menyusun atur untuk beriadah Futsal. Dan Alhamdulillah saya berjaya juga memenuhi undangan untuk bersama-sama.

Sedikit review tentang keadaan 'Court' yang digunakan. Agak melekat dan mungkin tidak sesuai dengan kasut yang saya gunakan. Kebiasaannya kami akan bermain di Jesselton Futsal Court, Kota Kinabalu yang mana gelanggangnya rumput tiruan.

Cuma kali ini, lantai nya seperti getah. Dan ini yang sedikit sebanyak mencacatkan kelancaran saya berlari dan mengawal bola.

Saya ni bukannya pandai main bola pun, setakat berlari keliling gelanggang dan mengganggu pihak lawan. Dan saya juga tidak suka bermain di posisi pertahanan apalagi penjaga gol kerana saya amat fobia dengan rembatan bola. Ditambah lagi dengan keadaan saya yang bercermin mata.

Apa yang baik tentang gelanggan ini hanya satu, iaitu masa yang diberikan untuk berfutsal ialah 1Jam 30 Minit. Wow memang cukup lama juga lah. Dan ini satu-satunya yang saya suka tentang gelanggang ini. Lain daripada itu, saya tidak gemar.

Sebelum berpisah, sempat kami bergambar bersama.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?