Vitamin Shaklee Membantu Menyokong Aktiviti Lasak

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

kepada semua pengunjung blog JomSehatSekaki ni.

Alhamdulillah ini catatan pertama saya dalam bulan September ini. Tapi tidak bermakna ini kali pertama saya melawat blog ni di bulan September. Bukan sama sekali. Cumanya masa ni baru saya ada kelapangan. Bulan September hadir dengan sibuk sekali. Boleh dikatakan setiap hujung minggu saya diisi dengan program. Ini juga bermakna saya tidak mempunyai rehat seperti dulu.

Pada 7 September saya mengikut full marathon saya yang kedua dalam tahun ini, dalam hidup saya. Pertamanya seperti yang pernah saya beritahu di Langkawi.  Dan ini yang kedua di Hulu Langat.

Memang sangat meletihkan. Apalagi saya ni jenis lembik sebelum ini. Serius. Dan Alhamdulillah dengan izin Allah, saya diperkenalkan dengan Shaklee.  Ya Shaklee.  Suplemen. Saya ulang sekali lagi. Shaklee sebuah makanan kesihatan yang bertahan sekian lama.

Jadi apa suplemen Shaklee yang saya ambil?

Untuk aktiviti lasak seperti Marathon ni, vitamin yang tidak saya tinggal adalah Advanced Joint Health Tablet (AJHT) , Ostematrix , B Complex,  Sustained Release Vita C Plus. Kesemua vitamin ni saya ambil semasa latihan dan sebelum larian dan selepas larian. Seperti yang kawan saya pernah tekankan, suplemen bukan untuk mengubat. Ianya saya gunakan sebagai mengurangkan kesakitan. Maklum sajalah, saya memaksa dan menekan seluruh otot-otot yang sebelum ni relaks dirumah.

Owh ok selingan sedikit. Pada ketika ini, saya sedang berada di SESB Tawau untuk Program Konvoi Kembara Merdeka II SESB 2014. Terhibur dengan lagu Nirmala dendangan seorang veteran. Serius sedap suara makcik ni. Dan dia juga pengguna Shaklee.

Itu cerita minggu lepas. Dalam pada itu, saya sempat juga mengisi masa senggang sebelum marathon itu dengan mengikuti kelas membuat blog dari 'mak' Shaklee saya.

Saya ni bukan orang baru dalam blog. Saya juga aktif blog semasa di universiti. Namun, saya ikut sebab saya ingin mencari ilmu baru. Alhamdulillah ada banyak ilmu baru blog dalam kelas tu. Buktinya, anda sendiri nampak peningkatan blog ni kan. Anda boleh tinggalkan jejak anda. Ada juga link kepada catatan yang berkaitan. Hah inilah antara pembaharuan blog ini.

Kesimpulan, saya tidak mengatakan bahawa Shaklee yang mengubah cara hidup seharian saya, tidak sama sekali.  Apa yang saya katakan, Shaklee membantu saya menghadapi corak kehidupan saya yang semakin lasak berbanding dulu. Alhamdulillah.

Bagi yang ingin mencuba dan merasai perbezaan sebelum mengambil Shaklee dan selepas mengambilnya, anda dialu-alukan menghubungi saya di talian 0128693236.

InsyaAllah saya akan cuba membantu sedaya upaya saya. Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?