FITMALAYSIA - Taman Awam Teluk Likas | 21.9.2014 AHAD

Assalammualaikum dan Selamat Malam,

Alhamdulillah Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan FITMALAYSIA bertempat di Kota Kinabalu esok 21 September 2014.

Dapatlah juga saya mengasah larian saya untuk bulan September ni sementara menunggu Marathon pada bulan Oktober nanti.



Untuk bulan Oktober ni, saya telah pun mendaftar untuk dua marathon. Hasil daripada bakaran kawan-kawan sekolah lama. Putrajaya Night Marathon (10KM) dan Standard Chartered KL Marathon (21KM).

Bercakap tentang FIT MALAYSIA esok, cabaran yang disediakan hanyalah 10KM sahaja. Dan apa yang menarik pastinya medal untuk finisher. Saya suka sangat medal ni, sebab bukan yang menang sahaja akan dapat, tetapi asalkan anda Finisher, anda dapatlah medal. Ditambah lagi dengan medal untuk marathon ni memang berat lagilah saya suka. Cuma saya kurang pasti bagaimana dengan medal untuk FIT MALAYSIA ni. Apapun saya tidak kisah, yang penting MEDAL. Hahaha...

Mudah-mudahan esok semuanya berjalan dengan lancar.

Seperti biasa apabila berlari, saya akan pastikan saya mengamalkan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dan Ostematrix. 2 biji AJHT dan 4 biji Ostematrix ini seperti yang anda maklum adalah untuk tulang dan sendi-sendi.

Tulang dan sendi ini adalah antara anggota badan yang kurang diberi tumpuan oleh kita semua. Hanya kerana sebahagian daripada kita beranggapan tulang dan sendi ni keras dan kuat. Sebaliknya mereka tidak menyedari jika sendi dan tulang digunakan melebihi kadar yang biasa digunakan, ianya akan memberikan impak negatif dalam jangka masa panjang.

Sebab itu jika anda yang selalu perhatikan atlet, anggota badan yang paling banyak dibalut ialah lutut!! Betul tidak?

Kenapa perlu dibalut lagi jika KUAT dan KERAS?

Jawapan logik akal ialah kita tidak pernah peduli tentang sendi ini. Namun berhati-hati, sebaik sahaja lutut ini memberikan respon, ianya mengambil masa yang lama untuk pulih. Ada yang lebih teruk terpaksa menjalani pembedahan.

Siapa yang rugi?

Sendiri ada jawapan depan mata. Sebab itu, saya selalu tekankan akan pengamalan vitamin Shaklee ini khususnya AJHT dan Ostematrix. Harganya pun mampu milik.

Hubungi saya jika anda berminat dengan AJHT dan Ostematrix ini.

Salam Hormat..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?