5 Tips Makan Di Tempat Kenduri Kahwin

Assalammualaikum,
Setiap minggu pastinya jadual penuh dengan jemputan kahwin KECUALI jika anda tidak punya ramai kenalan. Hehe.

Hujung minggu memang meriah jemputan kahwin dari keluarga sebelah mama, keluarga sebelah bapa, rakan sepejabat, jiran, sahabat handai, kawan sekolah dan juga kariah masjid pun tidak ketinggalan menjemput jemputan kahwin.

Bermacam dilema akan bermain di kepala. Lebih-lebih lagi jika sekarang ni anda dalam transisi untuk melakukan diet untuk mendapatkan BMI yang sihat.

Jika sebelum ini saya kongsikan tentang Tips Menghadiri Jemputan Kenduri, hari ini saya kongsikan Tips Makan Di Tempat Kenduri Kahwin. Semoga dengan perkongsian ini, akan memberikan anda sedikit perasaan lega dan mungkin idea untuk makan di tempat kenduri kahwin.

Tips Makan Di Tempat Kenduri Kahwin.
  1. Makan di rumah terlebih dahulu sebagai alas perut sebelum menghadiri jemputan kenduri kahwin.
  2. Jamah sedikit makanan yang disediakan Tuan Rumah sebagai menghormati majlis, bukan untuk jimatkan makan tengahari atau makan malam. Ingat ATURAN 20 MINIT. Maksudnya anda memerlukan 20 MINIT untuk kenyang dari suapan yang pertama.
  3. Sekiranya makanan yang dihidangkan berminyak dan bergoreng, manis, tinggi garam; disinilah anda kena amalkan Tips Suku Suku Separuh. Nasi sedikit, Lauk sedikit, Sayur dan Buah Separuh pinggan. Katakan TIDAK kepada kuah yang melimpah. Banyakkan makan protein berbanding karbo. Protein adalah kunci untuk mengawal keinginan terhadap karbo.Protein mengenyangkan.
  4. Jangan minum minuman manis, ambil air kosong atau air mineral sahaja. Kebanyakan majlis kenduri kahwin masa kini menyediakan air kosong untuk tetamu.
  5. Jika anda tidak mampu bertahan untuk tidak makan, makanlah hidangan sampingan buah-buahan dan bukannya aiskrim atau apam balik.
Itu dia 5 Tips Makan di Tempat Kenduri Kahwin.

Tips ini bukanlah untuk menakut-nakutkan anda dari hadir ke majlis kenduri kahwin, tetapi lebih kepada berjaga-jaga. Ingat di majlis kenduri kahwin inilah medium untuk kita beramah mesra dengan tuan rumah dan sanak-saudara.

Komen dan Share la post ini jika anda rasa bermanfaat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?