Syukur Nikmat Kesihatan

Satu perkara yang mungkin kita tak sedari kepentingannya kepada kesihatan kita adalah sikap BERSYUKUR...

Kajian menunjukkan bersyukur mempunyai banyak kesan positif kepada kesihatan, diantaranya...

Bersyukur akan mengawal stres dan mengurangkan kesan negatif stres kerana ia akan meransang kawasan hipotalamus di otak..

Bersyukur juga akan membantu kita untuk tidur dengan lebih baik  kerana ia mengurangkan kerisauan dan fikiran negatif yang mengganggu tidur seseorang...

Bersyukur menyebabkan kita cenderung untuk melakukan aktiviti yang sihat seperti bersenam..

Bersyukur akan meningkatkan rasa puas hati dan perhubungan sesama manusia seperti hubungan suami isteri dan rakan taulan...

Bersyukur meningkatkan prestasi kerja dan kualiti kerja seseorang sehingga 50% lebih tinggi

Bersyukur akan menurunkan STRES...orang yang bersyukur akan mengawal stres dengan lebih baik...orang yang mengalami masalah stres melampau perlu muhasabah diri mereka untuk lebih banyak bersyukur dengan apa yang mereka ada dan nikmat Allah kepada mereka..insyaallah

Bersyukur akan meningkatkan rasa sihat dan jati diri yang positif..


Bersyukur akan membantu kesihatan jantung yang lebih baik..ia mengurangkan stres dan keradangan kronik dalam tubuh yang menjadi punca masalah saluran darah tersumbat (atgerosklerosis) dan sakit jantung koronari..

Bersyukur akan memberikan kesan positif kepada pelbagai sistem dalam tubuh seperti neurotransmitter (serotonin, norepinefrin, dopamin) yang mengawal mood seseorang..

Ia juga mengurangkan keradangan atau inflammasi dengan mengawal penghasilan sitokin inflammasi

Bersyukur juga mengawal keseimbangan hormon  termasuklan hormon reproduksi, hormon stres (kortisol), hormon kasihsayang (oksitosin)

Bersyukur juga akan mengawal tekanan darah tinggi, ritma jantung dan gelombang otak

Bersyukur juga boleh membantu mengawal paras glukosa darah dengan lebih baik..

Insyaallah..terlalu banyak yang perlu kita syukuri dan yang paling utama kebaikan bersyukur adalah sangat positif kepada kesihatan jasad kita..

BERSYUKURLAH kepada ALLAH!!

الحمد لله..الحمد لله... الحمد لله...

#drnorman #infosihat #bersyukurlahkepadaAllah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?