Tips Menghadiri Jemputan Kenduri

Assalammualaikum,
Sekarang musim cuti sekolah dan musim kahwin kan.
.
Pastinya hujung minggu akan dipenuhi dengan jemputan kahwin dari saudara mara, kawan sepejabat, kawan sekolah lama ataupun jiran tetangga.
.
Itu belum dicampurkan dengan majlis bercukur jambul anak baru lahir, majlis berkhatan dan sebagainya.
.
Apapun majlis yang kita hadiri, pastikan anda tidak tertinggal perkara berikut ketika menghadiri jemputan kenduri.
.
Tip ini mungkin sedikit sahaja dan mungkin anda punya idea lain ketika menghadiri jemputan kenduri.
.
Apakah tips-tips itu:-

1. Pastikan tarikh dan tempat majlis betul. Perkara ini mungkin mudah dan remeh, tapi ada juga yang tersilap tarikh dan tempat majlis. Mujur sekarang ni telefon ada dan mudah lah kita merujuk semula sekiranya terlupa. Ada yang siapkan reminder dalam telefon lagi terutama yang terlalu sibuk atau banyak undangan.

2. Pakailah baju yang bersesuaian dengan majlis. Pakai baju yang sopan dan tidak menyinggung perasaan tuan rumah. Contohnya Baju Melayu, Kemeja, berseluar Jeans atau Khakis; Baju Kurung dan yang sewaktu dengannya.

3. Sediakan sampul jika ingin memberi wang atau sedekah. Tidak manis dipandang orang kalau diberikan begitu saja. Berikan kepada tuan rumah atau terus kepada pengantin atau masukkan dalam tempat yang disediakan. Amaran:- Jangan sesekali berikan sampul kosong! Lebih baik jangan beri kalau tidak ada yang hendak diberikan.

4. Jika ada duit lebih, lebih baik berikan lebih sedikit kepada tuan rumah. Maklumlah purata harga makanan rm6/7 seorang, itu tidak termasuk lagi doorgift kan.

5. Hadiah, berikan mengikut kemampuan kita. Biasanya kalau sudah bawa hadiah, tidak beri wang dan sedekah pun tidak mengapa. Antara hadiah yang sering diberikan oleh tetamu kepada majlis kahwin ialah Set Pinggan Mangkuk, Tupperware, Album Gambar, Set Gelas, Frame Gambar, Cadar atau Tuala. Kalau inginkan kelainan, cuba berikan voucher membeli belah atau penginapan hotel.

6. Kamera? Sekarang sudah senang ada handphone siap boleh post terus dalam media sosial. Ambillah sekeping dua snap dengan pengantin kan.

7. Sebelum pulang, jangan lupa bersalam dengan pasangan pengantin dan tuan rumah, ucapkan Terima Kasih dan Tahniah! Antara bentuk ucapan yang boleh diberikan ialah Selamat Pengantin Baharu, Semoga kekal sehingga ke anak cucu. Tahniah pakcik makcik, dapat menantu semoga menambah keceriaan keluarga besar pacik makcik.

8. Jamah makanan sedikit dan bukan mengambil dengan banyak. Ini sebagai tanda menghargai tuan rumah. Jangan mengambil makanan dengan banyak juga dikhuatiri makanan yang diambil tidak habis.

9. Banyakkan minum air kosong atau putih kerana kebanyakan makanan yang dihidangkan banyak minyak kan. Jika boleh bawa air sendiri dan simpan dalam kereta atau beg doraemon isteri.

10. Kipas! Ini mungkin penting bagi para wanita dan lebih-lebih lagi yang membawa anak kecil. Untuk majlis yang dibuat di dewan mungkin tidak ada masalah, namun sedikit rumit untuk majlis yang dibuat di rumah. Kipas mungkin ada dalam khemah tetapi tidak mencukupi dan memadai.

Itulah antara tips menghadiri jemputan kenduri khususnya kenduri kahwin.

Semoga ianya bermanfaat untuk dikongsi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?