Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

10 Cara Untuk Meningkatkan Kecergasan Anda

Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin dicapai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tenaga untuk kesejahteraan fizikal dan mental.  Berikut adalah perkara yang boleh kita lakukan hari demi hari untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan mental. 10 Cara Untuk Meningkatkan Kecergasan Anda. 1. Tingkatkan Pengambilan Protein. Protein membekalkan tenaga dan stamina yang berkekalan. Memastikan anda berasa lebih kenyang diantara waktu makan. Membina dan mengekalkan jisim otot anda. Pilihan untuk protein yang sihat seperti daging tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, kacang dan protein soya berasaskan tumbuhan. 2. Makan Multivitamin Setiap Hari. Dengan gaya hidup yang sibuk dan kurangnya tabiat pemakanan yang sihat, anda mungkin terlepas banyak nutrien penting. Multivitamin boleh membantu untuk:- Mengisi jurang pemakanan anda. Meningkatkan penghasilan tenaga. Meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan yang op

Perasaan Putus Asa

Malam ni sekali lagi dapat menonton fb live dari seorang Master Shaklee, Tn Hj. Roslan. Saya tertarik dengan ulasan Perasaan Putus Asa. Katanya perasaan putus asa wujud menandakan kejayaan akan datang. Hebat. Suatu situasi yang negatif tetapi dilihat dari sudut yang positif. Perasaan putus asa merupakan sebahagian daripada proses untuk berjaya. Setiap yang berjaya pasti akan melalui satu perasaan putus asa. Perasaan putus asa wujud disebabkan matlamat yang ingin dicapai tidak kesampaian. Perasaan putus asa hadir kerana apa yang diimpikan belum tercapai. Perasaan putus asa jika dilayan maka satu yang pasti kita dapat ialah kegagalan. Tetapi jika tidak dilayan, yakinlah kejayaan sedang menanti. Aura positif hadir dengan menghadiri majlis-majlis ilmu. FB Live ini bagus ditonton kerana tidak perlu ke lokasi. Hanya duduk di rumah, sambil minum minuman panas dan buat catatan. Terima kasih atas sebuah perkongsian yang menarik itu.😍😍😍

Nutriferon Shaklee

Imej
Nutriferon Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Nutriferon Shaklee; Pengedar Shaklee di Kota Kinabalu dan di Sandakan, Sabah Selepas membuat kajian selama 40 tahun, Dr.Kojima berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi (Nutriferon). Esktrak dari 4 tumbuhan iaitu Biji Labu, bunga Safflower , Honeysuckle Jepun dan biji Plantago, mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Nutriferon hanya dijual di Shaklee! Like & Share 🖒🖒

Kasih Sayang Seorang Ibu

Imej
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Mog-moga kita semua diberikan kesihatan yang berpanjangan. Amiinn. Pagi ni saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang kasih sayang seorang ibu. Kasih sayang seorang ibu ini berkaitan dengan Shaklee juga. Apa kaitannya kan? Sustained Releas Vitamin C Plus Shaklee Seorang kakak yang juga seorang ibu menghubungi saya untuk bertanyakan Set Kurus Shaklee. Tujuan Set Kurus Shaklee ini adalah untuk diberikan kepada anaknya yang akan berkahwin nanti.  Katanya supaya muat baju kahwin. Kelakar dan lucu kan. Tapi disebalik kelucuan tersebut, saya tertarik dengan kasih sayang seorang ibu ini. Kasih sayang terlahir sebab setiap dari kita inginkan yang terbaik untuk orang sekeliling lebih-lebih lagi anak. Seorang ibu akan bertungkus-lumus dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat anak bahagia. Herblax Shaklee Saya menyanjung tinggi setiap ibu yang bersemangat begini. Saya pasti anda yang membaca blog ini juga merupakan ibu-ib

Bagaimana Mengajar Anak Untuk Buang Air Di Tandas

Assalammualaikum wbt dan Selamat Pagi, Posting kali ini saya akan kongsikan bagaimana mengajar anak untuk buang air di tandas. Namun sebelum mengajar anak, ramai antara kita dalam dilema bila masa yang sesuai untuk mengajar anak-anak untuk buang air di tandas? Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa? Dan apakah kelebihan mengajar anak-anak sedemikian. Ada sebilangan ibu bapa seperti tidak kisah dengan perkembangan ini. Ibu Bapa akan menunggu keajaiban anak sendiri PANDAI untuk mengurus diri dengan buang air di tandas. Bila kita rajin membaca pengalaman anak-anak yang lain, kita akan ada kecenderungan untuk membandingkan anak dengan anak orang lain.  Ini antara kesilapan yang mungkin dilakukan oleh ibu bapa. Menjawab persoalan BILA MASA YANG SESUAI, ibu bapa boleh melihat kepada perlakuan anak itu sendiri. Soal anak berumur 1 tahun, 1 tahun setengah, 2 tahun, 2 tahun setengah hatta 3 tahun sekalipun, perlakuan anak memberikan signal atau petanda apa yang sedang

Biarkan Anak Bermain Kotor.. TAPI Hadkan.

Imej
Semua yang dilihat oleh anak pasti mereka akan sentuh, termasuk tanah becak yang pada pandangan kita sangat kotor. Lagi kita halang lagi mereka nak buat. Tapi tahukah anda sebenarnya anak-anak yang didedahkan dengan aktiviti sebegini akan mempunyai daya tahan yang lebih kuat berbanding kanak-kanak yang jarang didedahkan dengan persekitaran bermain secara terbuka. Ternyata, pendedahan kepada pelbagai jenis mikrob dari tanah dapat membantu anak menjadi lebih kuat dan tahan penyakit. Sebaliknya, bagi ibu bapa yang terlalu melindungi anak-anak atau dalam kata mudahnya pembersih, anak cenderung memiliki daya daya tahan badan yang lemah  kerana ia tak terdedah oleh pelbagai jenis bakteria. Buat pengetahuan ibu bapa, bermain lumpur atau tanah sebenarnya  membantu meningkatkan fungsi kognitif. Si kecil akan belajar pelbagai rangsangan yang berbeza, seperti rumput yang basah, tiupan angin, batu kerikil yang kasar, sehingga lumpur yang kotor. Walaupun begitu, kebanyakan ibu bapa s

Anak Suka Memanjat!! Inilah rahsianya

Jika anda mempunyai anak yang aktif dan sangat suka memanjat, sama ada kerusi, meja, tangga, pintu grill bahkan badan anda, anda patut BERSYUKUR. Bertambah usianya maka ia sepatutnya seiring dengan kemampuan kekuatan otot-otot tubuh si kecil. Akan sampai satu fasa (tak semua akan lalui) si kecil akan suka memanjat. Anda tak perlu khuatir tak perlu risau. Dia sedang berekplorasi menggunakan segala anggota badannya daripada mata, telinga, kaki, dan tangan. Anak yang aktif memanjat, menunjukkan bahawa koordinasi antara mata, tangan, dan kakinya sudah semakin mantap. Ia juga menunjukkan otot-otot tangan dan kaki si kecil semakin kuat sehingga boleh menampung beban tubuhnya. Walaupun seringkali menjadi igauan para ibu bapa memiliki si kecil yang suka memanjat. Namun memanjat jugalah yang bermanfaat untuk melatih keberanian, keyakinan dan keseimbangan si kecil Si kecil juga akan menjadi lebih lincah dalam bergerak. Sebab itu jika si kecil anda suka memanjat, maka biarkanlah.

Pengedar Shaklee

Imej
Pengedar Shaklee Tahukah anda kami dipanggil "Pengedar" Shaklee bukan ejen atau stokis sebab kami tidak simpan stok dalam kuantiti yang banyak.😁 Kalau ada orang oder, barulah aku beli d branch KK atau beli dalam talian (online)... Yang aku pernah gambar simpan dalam almari kaca tu bukan stok tapi bekas yang kami guna.. Mau dibuang pun terasa sayang sebab botolnya cantik dan eksklusif... Itulah kalau ada yang buat oder sebelum jam7 malam, aku boleh hantar terus oder pada keesokan harinya, tapi kalau oder lepas jam7, paling awal boleh aku kasi pada sebelah malam atau keesokan harinya pula. Cuba kamu oder Shaklee sekarang, contohnya Mealshake untuk anak-anak, ataupun ESP untuk wanita idaman anda... nanti aku reply la.. saya cuba!!😁😁😁. Pengedar Bebas Shaklee SID 878411

Produk Pembersih Pelbagai Guna - Pengedar Sabah

Imej
Assalammualaikum wbt, Di rumah anda sekarang ada bahan peluntur atau pembersih rumah seperti sabun pencuci lantai dan tandas? Bagaimana baunya? Saya pasti ada juga sesetengah orang yang alah dengan bahan peluntur atau pembersih rumah yang mengakibatkan pening kepala dan bersin kan. Ada juga sesetengah yang terpaksa membilas lantai yang dicuci dengan bahan pembersih rumah ini ataupun memop 2 3 kali semata-mata ingin menghilangkan bau dan kesan melekit. Bagaimana pula dengan membersihkan dapur gas di dapur? Dalam sebulan berapa kali anda membersihkannya? Ataupun bila kali terakhir anda membersihkan dapur gas di dapur. Itu pastinya boleh dibilang dengan jari. Saya memahaminya mungkin disebabkan leceh dan sukar untuk membersihkan dapur gas kerana minyak yang sudah berkampung di dapur gas anda. Mahukah anda membaca selanjutnya posting ini. Saya juga tidak lari dari mengalami masalah yang saya senaraikan di atas.  Sehinggalah kami mencuba satu produk pembersih rumah.

Pengalaman Menggunakan Shaklee Untuk Anak Ketiga

Imej
Assalammualaikum wbt, Anak ketiga lahir pada 5 Julai yang lalu, seorang bayi lelaki dengan berat 3.35 kg. Saya suka berkongsi pengalaman isteri mengandung anak ketiga kami dengan suplemen Shaklee. ini merupakan pengalaman kedua isteri mengandung dengan suplemen Shaklee. Doktor Tidak Menghalang Bahkan Menyokong Setiap apa yang dimakan sepanjang mengandung ini tidak disembunyikan dari Doktor yang merawat dan memantau kandungan isteri. Doktor yang merawat tidak menghalang bahkan menyokong. Sepanjang mengandung, doktor tidak membekalkan Obimin kerana isteri mengambil Vitalea Shaklee, Sustained Release Vita C Plus Shaklee dan B Complex Shaklee yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama. Set Mengandung Shaklee yang diamalkan isteri ialah ESP, Ostematrix, B Complex, Vitalea, Sustained Release Vita C Plus dan Omegaguard. Sepanjang rawatan juga, doktor mengesahkan tidak ada masalah kepada isteri dan kandungan. Bayi dalam kandungan sihat dan aktif. Ini menguatkan lagi sokongan

Cooler Bag Vivix dari Shaklee

Imej
Istimewa Julai ini. Cooler Bag Vivix dari Shaklee memang 'cool'. Nampak eksklusif untuk dibawa kemana sahaja. Boleh memuatkan lebih kurang 6 botol vivix. Lepas ni membawa vivix kemana sahaja tanpa risau. Ingin mendapatkannya? Hanya beli 2 botol vivix, dan Cooler Bag Vivix ini akan menjadi milik anda. 2 Botol Vivix dan Cooler Bag Shaklee Hubungi saya di 0128693236 untuk maklumat lanjut.

7 Sebab Biasa Kenapa Suplemen Diperlukan.

Imej
7 Sebab Biasa Kenapa Suplemen Diperlukan. Sebab ini adalah sebab di depan mata kita. Sebab yang kita sedar dan mungkin tidak kita sedari. Sebab yang berlaku sehari-harian. Sebab utama kenapa suplemen diperlukan ialah kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar. Sebab kedua suplemen diperlukan ialah badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien. Setiap orang memerlukan nutrien yang berbeza. Sebab ketiga suplemen diperlukan ialah buah-buahan dan sayuran yang kita makan mungkin terjejas atau tercemar. Sebab keempat suplemen diperlukan ialah kita mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Sebab kelima suplemen diperlukan ialah kita rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa. Sebab keenam suplemen diperlukan ialah gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan. .... dan Sebab ketujuh suplemen diperlukan ialah kehilangan nutrien dalam makanan disebabkan cara pengendaliannya ataupun lain-lain. Itulah 7 sebab biasa kenapa suplemen diperlukan. Dan sebab ini

3 Perkara Penting Saat Berpantang

Imej
Perjuangan seorang isteri tidak terhenti sejurus melahirkan anak. Episod baru Buku baru. Sejurus melahirkan anak, cabaran isteri atau ibu ialah saat berpantang. Darilah pemakanan, kesihatan dan mental kena kuat dan dijaga dengan cermat. Alhamdulillah isteri sangat menjaga makan minumnya sepanjang proses berpantang ini. Makan di awal waktu, makan panas-panas dan minuman juga kena jaga. Begitu juga dengan mandi dengan air suam. Untuk kesihatan, rehat kena cukup dan kena pandai menyusun waktu rehat. Kena ikut waktu bayi dan bukan waktu siang atau malam. Kebiasaanya bayi akan nyenyak tidur pada jam 9 pagi dan sangat aktif pada jam 2-5 pagi. Sedangkan lazimnya waktu tersebut adalah sebaliknya untuk isteri. Maka itu selepas sarapan pagi, isteri dan bayi akan tidur berehat pada waktu begini. Cabaran persekitaran dan sokongan keluarga amat penting. Toleransi seperti tidak membuat bising pada waktu begini amatlah dititikberatkan. Rehat yang cukup memainkan peranan penting dalam mengh

Meraikan Amanah Dari Syurga

Imej
05.07.2017 9.00 Pagi 3.35kg Alhamdulillah isteri melahirkan anak ketiga seorang bayi lelaki di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Diberi nama Hadif bin Irman. Jam 7 pagi mula dihantar ke Hospital. Jam 9 pagi melahirkan Hadif. Jam 6.43 petang discaj dari Hospital. Bayi dan ibu sihat dengan sempurna. Alhamdulillah kami masih merupakan pengguna Shaklee. Produk Shaklee yang diamalkan sepanjang mengandung ialah:- 1. ESP 2. Vitalea 3. B Complex 4. Sustained Release Vita C Plus 5. Ostematrix Dan seperti kelahiran kedua, isteri minum ESP sebelum dihantar ke hospital untuk bekalan tenaga semasa meneran. Alhamdulillah dalam proses berpantang ni, kesemua produk di atas diamalkan dan akan ditambah pula dengan Alfalfa Complex selepas seminggu dua ini. Terima kasih kerana mengikuti blog ini. Assalammualaikum wbt.

Tabiat Malas - Pesan Dr.Maza

Tabiat Malas Antara Penyebab Kemunduran Diri Antara doa yang Nabi s.a.w ajar untuk kita melaziminya ialah: اللَّهمَّ إنِّي أعوذُ بِكَ منَ العَجزِ والكسَلِ "Ya Allah! Sesungguhnya daku berlindung denganMU daripada lemah dan MALAS" (Riwayat al-bukhari dll). Malas menjadi penyebab seseorang enggan berusaha kepada kadar yang sewajarnya. Dalam kalangan masyarakat ramai yang miskin antara puncanya kerana malas untuk berusaha. Ada yang bodoh ataupun mudah ditipu oleh pihak lain kerana malas berfikir. Malas berikhtiar telah menjadi ramai orang tidak dapat melangkah ke hadapan. Tabiat malas mungkin menjadi sebab rumah kotor,  halaman rumah semak samun, diri tidak terurus, kerja tidak selesai, rezeki tidak bertambah dan kerja tidak terurus. Memerangi TABIAT MALAS merupakan usaha terpenting dalam mengubah kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik. Maka, berdoalah pohon dijauhi daripada lemah dan malas. Seorang yang pemalas bukan muslim yang baik dan tidak layak mendapat b