Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Isu Semasa

Pilih Menjadi Seperti Lebah atau Lalat

Tular sejak semalam, Menteri Belia & Sukan yang baharu, Syed Saddiq mengutip sampah selepas perlawanan Akhir Bola Sepak FA antara Pahang dan Selangor. . Komen-komen dari IG rata2 tidak fokus kepada apa yang cuba disampaikan sebaliknya mencari apakah kesalahan dalam video tersebut. . Dalam apapun video yang ditayang di mana pun termasuk media sosial, kita berhak menulis komen apapun. . Kita boleh memilih untuk menjadi seperti lebah yang mengutip manisnya bunga dan memberikan madu kepada orang. . Atau kita boleh menjadi seperti lalat yang tertarik dengan bau busuk.  . Tiada beza pun antara penyokong Jepun yang membersihkan tempat duduk selepas perlawanan bola sepak Piala Dunia baru-baru ini ataupun pemain dan pegawai Bola Sepak Jepun di bilik persalinan, dengan apa yang dibuat oleh YB KBS tu.  . Tapi masyarakat kita lebih cenderung untuk mengutuk dan paling biasa menghakimi apa yang dibuat. . Kita pilih untuk Malaysia yang Baharu tetapi tidak sang...

Iktibar Adik Syurga Adam Rayqal

Istigfar semoga kita tidak dipengaruhi nafsu amarah ketika mendengar musibah ini. Siapa tidak marah bila anak kecil berumur 5 bulan yang pada mulanya dikatakan hilang di rumah pengasuh. Kemudian didapati di dalam beg hijau dalam peti sejuk rumah pengasuh. . . Kita marah dengan pengasuh yang dikatakan tidak berperikemanusiaan dan berjiwa haiwan sanggup membunuh kanak-kanak tersebut.Cuma saya tidak akan mengulas perkara tersebut. . . Kita istigfar banyak-banyak, tutup mata dan tarik nafas dalam-dalam. Saya tidak menonton pun video tular mengenai si ibu yang meraung kerana saya tidak ingin emosi yang menguasai kita. . . Yang bersalah kita serahkan kepada pihak penguasa untuk menentukan hukumannya. Jangan kita pula yang membuat hukuman kepada pengasuh. . . Bila mendengar kejadian ini, saya teringat kepada 3 orang anak saya yang masih kecil. Seorang berumur 6 tahun, seorang 3 tahun dan seorang masih segar menjengah umur setahun. . . Kesian dengan mereka. Kesian dengan anak-an...