Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Psikologi Kanak-Kanak

Jangan Santuni Anak Dengan Gajet

Imej
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Pagi ni saya hendak berkongsi topik yang selalu sangat kita dengar dan baca tetapi kita masih tidak peduli. Iaitu Gajet! Dulu masa saya masih kecil dan dibangku sekolah, isu gajet ni tidak menjadi isu yang besar. Pada masa itu, isu yang hangat dan sinonim dengan zaman saya ialah internet. Internet, Cybercafe, Chatroom mIRC, Yahoo dan juga telefom bimbit Nokia 3310.  Kini isu yang hangat dibualkan oleh ibu bapa ialah Gajet. Terlalu banyak gajet dijual dipasaran darilah harga mampu milik sehinggalah harga tidak masuk akal. Dan masalah timbul bila Anak disantuni dengan Gajet.  Antara sebab gajet ini dapat memenuhi ruang masa anak-anak dan ibu bapa dapat melakukan kerja selain melayan anak. 1. SIBUKKAN DENGAN MAINAN MELIBATKAN MOTOR Saya akui saya juga sibuk dengan gajet ketika di rumah, tetapi saya tidak santuni anak dengan gajet. Saya penuhi rumah dengan mainan anak seperti Basikal, Kereta Kecil dan Trek Mainan, Bu...

Bagaimana Mengajar Anak Untuk Buang Air Di Tandas

Assalammualaikum wbt dan Selamat Pagi, Posting kali ini saya akan kongsikan bagaimana mengajar anak untuk buang air di tandas. Namun sebelum mengajar anak, ramai antara kita dalam dilema bila masa yang sesuai untuk mengajar anak-anak untuk buang air di tandas? Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa? Dan apakah kelebihan mengajar anak-anak sedemikian. Ada sebilangan ibu bapa seperti tidak kisah dengan perkembangan ini. Ibu Bapa akan menunggu keajaiban anak sendiri PANDAI untuk mengurus diri dengan buang air di tandas. Bila kita rajin membaca pengalaman anak-anak yang lain, kita akan ada kecenderungan untuk membandingkan anak dengan anak orang lain.  Ini antara kesilapan yang mungkin dilakukan oleh ibu bapa. Menjawab persoalan BILA MASA YANG SESUAI, ibu bapa boleh melihat kepada perlakuan anak itu sendiri. Soal anak berumur 1 tahun, 1 tahun setengah, 2 tahun, 2 tahun setengah hatta 3 tahun sekalipun, perlakuan anak memberikan signal atau petanda apa yang se...

PEDULI BULI

PEDULI BULI 1 dari 5 kanak-kanak sekolah terlibat dengan buli (dibuli/membuli) Jangan ambil mudah kes buli. Jangan sampai kata-kata "biasalah budak-budak" berakhir dengan "Ya Allah anakku...". Saya pernah merawat seorang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Teknik yang mengadu di hadapan saya 'rasa nak bunuh diri' sebab terlalu tertekan dibuli (kesnya - geng lain negeri). Ibunya pada awalnya geleng kepala sebab anak dirujuk ke psikiatri. "anak saya bukan gila, bergaduh je, kenapalah sampai nak rujuk doktor jiwa?". Bila anaknya luah segalanya depan doktor, dengan mak-mak sekali meraung dalam bilik doktor. Tolong jangan ambil mudah. Cukuplah statistik anak balik dari asrama dengan kereta Jenazah. Apa nak buat jika anak anda di buli? • Tanya terus terang dengan anak, lihat tanda-tanda seperti takut ke sekolah, mohon tukar sekolah, kurang kawan-kawan atau kerap hilang barang. • Jumpa guru sekolah, maklumkan dan minta sekolah ambil tin...

LAMBAT BERCAKAP? Normal ke tak Doktor?

Hari ini di Klinik Psikiatri Kanak-Kanak, saya berjumpa dengan seorang anak kecik berusia 7 tahun yang dirujuk kerana lambat bercakap, sukar difahami dan kerap mengulang perkataan yang sama. Saya rasa ramai diluar yang nak tahu pasal 'delayed speech'. Terima kasih adik A yang menginspirasikan posting ini. Semua orang sukakan kanak-kanak yang petah. Namun ada segelintir kanak-kanak mengalami masalah pertuturan – lewat atau tidak normal berbanding kanak-kanak seusia atau adik beradik. Pertuturan merupakan mekanisme penting perkembangan intelektual, emosi dan sosial kanak-kanak. Pengesanan awal penting untuk mengelakkan masalah yang lebih besar. Apa yang normal? SEBELUM 12 BULAN Orang putih kata ‘cooing and babbling’, atau buat bunyi ‘uuu, aaaa, ooo’ secara spontan sebelum usia 9 bulan. Selepas 9 bulan boleh sebut baba/mama/ma/mi/papa (walaupun tanpa merujuk kepada maksud). Biasanya walaupun ibunya menjaga susah payah sejak lahir, anak akan sebut papa/baba/b...

KENAPA ANAK SUKA BLOCK VIEW KITA DEPAN TV?

Mari Lihat Apa kata Ilmu Psikologi? Anak mana yang tak pernah berdiri betul-betul depan tv waktu kita menonton? “ha , masuk lah dalam tv tu!” ayat wajib mak ayah. Ibubapa yang mana pula tak pernah naik angin sebab anaknya ‘block’ view mereka. Mungkin ramai yang terkejut kalau saya katakan bahawa perilaku tersebut sebenarnya menunjukkan anak anda ‘normal’ secara psikologi. Anda patut bersyukur dan bukannya mengamuk. Apa yang ramai tidak tahu ialah, sebenarnya perilaku tersebut ialah sebahagian daripada fenomena dipanggil ‘EGOCENTRISM’ menurut Piaget Cognitive Model. Menurut Piaget (1896-1980), kanak-kanak memahami dunia sekeliling mengikut fasa-fasa yang bertahap. Pada usia kanak-kanak 2 hingga 7 tahun, fasa ini dipanggil PREOPERATIONAL. Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah ‘centre of the universe’. Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan...