Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel telefon bimbit

Jangan Santuni Anak Dengan Gajet

Imej
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Pagi ni saya hendak berkongsi topik yang selalu sangat kita dengar dan baca tetapi kita masih tidak peduli. Iaitu Gajet! Dulu masa saya masih kecil dan dibangku sekolah, isu gajet ni tidak menjadi isu yang besar. Pada masa itu, isu yang hangat dan sinonim dengan zaman saya ialah internet. Internet, Cybercafe, Chatroom mIRC, Yahoo dan juga telefom bimbit Nokia 3310.  Kini isu yang hangat dibualkan oleh ibu bapa ialah Gajet. Terlalu banyak gajet dijual dipasaran darilah harga mampu milik sehinggalah harga tidak masuk akal. Dan masalah timbul bila Anak disantuni dengan Gajet.  Antara sebab gajet ini dapat memenuhi ruang masa anak-anak dan ibu bapa dapat melakukan kerja selain melayan anak. 1. SIBUKKAN DENGAN MAINAN MELIBATKAN MOTOR Saya akui saya juga sibuk dengan gajet ketika di rumah, tetapi saya tidak santuni anak dengan gajet. Saya penuhi rumah dengan mainan anak seperti Basikal, Kereta Kecil dan Trek Mainan, Bu...