Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Anak

Jangan Santuni Anak Dengan Gajet

Imej
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Pagi ni saya hendak berkongsi topik yang selalu sangat kita dengar dan baca tetapi kita masih tidak peduli. Iaitu Gajet! Dulu masa saya masih kecil dan dibangku sekolah, isu gajet ni tidak menjadi isu yang besar. Pada masa itu, isu yang hangat dan sinonim dengan zaman saya ialah internet. Internet, Cybercafe, Chatroom mIRC, Yahoo dan juga telefom bimbit Nokia 3310.  Kini isu yang hangat dibualkan oleh ibu bapa ialah Gajet. Terlalu banyak gajet dijual dipasaran darilah harga mampu milik sehinggalah harga tidak masuk akal. Dan masalah timbul bila Anak disantuni dengan Gajet.  Antara sebab gajet ini dapat memenuhi ruang masa anak-anak dan ibu bapa dapat melakukan kerja selain melayan anak. 1. SIBUKKAN DENGAN MAINAN MELIBATKAN MOTOR Saya akui saya juga sibuk dengan gajet ketika di rumah, tetapi saya tidak santuni anak dengan gajet. Saya penuhi rumah dengan mainan anak seperti Basikal, Kereta Kecil dan Trek Mainan, Bu...

Pengalaman Menggunakan Shaklee Untuk Anak Ketiga

Imej
Assalammualaikum wbt, Anak ketiga lahir pada 5 Julai yang lalu, seorang bayi lelaki dengan berat 3.35 kg. Saya suka berkongsi pengalaman isteri mengandung anak ketiga kami dengan suplemen Shaklee. ini merupakan pengalaman kedua isteri mengandung dengan suplemen Shaklee. Doktor Tidak Menghalang Bahkan Menyokong Setiap apa yang dimakan sepanjang mengandung ini tidak disembunyikan dari Doktor yang merawat dan memantau kandungan isteri. Doktor yang merawat tidak menghalang bahkan menyokong. Sepanjang mengandung, doktor tidak membekalkan Obimin kerana isteri mengambil Vitalea Shaklee, Sustained Release Vita C Plus Shaklee dan B Complex Shaklee yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama. Set Mengandung Shaklee yang diamalkan isteri ialah ESP, Ostematrix, B Complex, Vitalea, Sustained Release Vita C Plus dan Omegaguard. Sepanjang rawatan juga, doktor mengesahkan tidak ada masalah kepada isteri dan kandungan. Bayi dalam kandungan sihat dan aktif. Ini menguatkan lagi sokongan ...

Cara-cara Memujuk Bayi Menangis Menurut Filem Battle of The Year

Imej
Filem Battle of The Year ini filem berunsurkan pertandingan tarian B-Boy. Tapi saya tidak akan menulis review filem itu dalam blog Jom Sehat Sekaki ini. Saya cuma tertarik dengan sedutan filem ini yang memasukkan sedikit cara-cara memujuk bayi yang menangis!! Ya, anda pasti terkejut, dalam filem sebegini pun, pengarah ataupun penulis skrip masih mampu menyelitkan unsur-unsur keibubapaan. Terus kepada Cara-cara Memujuk Bayi menggunakan Kaedah 4 S. Swaddle, (Bedung) Side, Shimmy, Shush. See, swaddling soothes them. Tight, but not too tight. Then you turn her on her side like this. Then you shimmy back and forth. shush ...shush...shush... 1. Swaddle 2. Side Letakkan bayi ke sisi anda dan dekatkan dengan badan anda. 3. Shimmy Hayunkan bayi dengan perlahan-lahan ke depan dan ke belakang. 4. Shush Buatlah bunyi suara sepoi-sepoi bahasa... Mudahkan semua orang pun boleh buat. Perkara ini sangat penting terutamanya para ayah dan bapa yang terpaksa mengambil...

8 Cara Mudah Kembangkan Kreativiti Anak-Anak

Imej
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Bagaimana dengan hujung minggu tuan/puan sekalian. Semoga hujung minggu dipenuhkan dengan bersama anak dan keluarga. Khususnya ibu bapa yang keduanya bekerja isnin-jumaat ataupun ahad-khamis.  Berikut adalah 8 cara mudah untuk meningkatkan kreativiti anak-anak: Kesilapan adalah peluang.   Kanak-kanak yang takut kepada kegagalan kurang cenderung untuk berfikir secara kreatif. Jika anak-anak kita berasa kecewa apabila berlaku kesilapan, cuba naikkan kembali semangat mereka dengan komunikasi yang positif. Lihatlah kesilapan sebagai peluang untuk membuat perubahan dan berkembang dan bukannya kegagalan. Tetapi kebanyakan kita selalunya tidak akan menerima kesilapan berulang kan. Jadi boleh belajar untuk berubah ya. Berlapang hati dengan keadaan yang berselerak.   Kebanyakan kita suka ruang yang bersih serta kemas dan akan berasa terganggu apabila keadaan menjadi sebaliknya. Walau bagaimanapun, apabila anak-an...