Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Info Gaya Si Comel

10 Tip Memilih Pakaian Si Comel

Imej
Membeli pakaian anak-anak adalah perkara yang PALING MENGUJAKAN. Apatah lagi jika Si Comel anda adalah yang pertama atau yang sulung. Namun ada ketikanya timbul dilema dalam memilih pakaian buat yang tersayang. Bahkan lebih mengecewakan, ada ibu bapa yang terlupa untuk mengambil kira perkara berikut akibat teruja. Harus diingat, anak-anak kecil yang comel ini belum mampu untuk menyuarakan ketidakselesaan pakaian melainkan hanya dengan reaksi menangis. Oleh itu, apakata ikuti 10 Tip Memilih Pakaian Si Comel anda ini, dan semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda sebagai ibu bapa dalam memilih pakaian untuk si comel anda. 1. KAIN KAPAS Apabila membeli pakaian anak-anak, kriteria yang perlu anda utamakan adalah kualiti. Kulit anak-anak biasanya sensitif. Mereka memerlukan bahan-bahan terbaik untuk dipakai. Kain Kapas  adalah bahan yang terbaik untuk anda pilih kerana ia material yang baik dan sesuai untuk anak anda. 2. BASUH SELEPAS BELI Jika anda ingin memast...