Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Set Berpantang Shaklee

Lahirnya Permata Hati 30 Mac 2015

Imej
Alhamdulillah syukur ya Allah.. watsapp dari isteri pada jam 3 pagi memaklumkan lahir nya seorang lagi Permata Hati kami. Kali ini Allah menganugerahkan kami seorang mujahidah. Sebak nya sebaik sahaja membaca mesej tersebut. Mujahidah seberat 2.8Kg ini lahir pada jam 2.34 pagi. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Ya mudah sebab bukan aku yang menanggungnya. Isteri tercinta mula bertarung menahan kesakitan seawal jam10 malam. Air mata kesakitan hanya mampu aku kesat. Itu saja yang mampu aku bantu. Sejak itu aku tidur ayam dan setiap masa bertanya adakah sudah sampai masanya untuk ke hospital dan betapa kuatnya isteri masih mampu menahan. Lebih kurang jam 12 malam, aku menawarkan untuk menuang ESP dan Mealshake.  Selepas minum aku tanya lagi mau ke hospital? Katanya belum lagi. Pengedar Shaklee Kota Kinabalu , Sandakan, Telupid, Lahad Datu Pengedar Shaklee Kota Kinabalu , Sandakan, Telupid, Lahad Datu Lebih kurang jam 1 pagi aku tanya lagi mau ke hospital dan kali n...