Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lelaki

Biaya Perubatan Semakin Mahal

Percayalah, biaya perubatan sudah semakin mahal dan jika anda bukan dari golongan ada-ada sila jaga kesihatan anda. Biaya perubatan bukan hanya operation dan semasa di wad tetapi juga setelah discharge dan berada di rumah. Banyak benda yang perlu di sambung ambilannya di rumah dan sesetengah golongan perlu membayar dengan wang sendiri. Segala kekayaan akan dirasa sia-sia jika hanya habis untuk biaya kesihatan selepas sakit. Mari berubah. Jaga pemakanan dan bersenam lebih konsisten. Khairuldietitian Dietitian Beri Nasihat

10 Cara Untuk Meningkatkan Kecergasan Anda

Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin dicapai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tenaga untuk kesejahteraan fizikal dan mental.  Berikut adalah perkara yang boleh kita lakukan hari demi hari untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan mental. 10 Cara Untuk Meningkatkan Kecergasan Anda. 1. Tingkatkan Pengambilan Protein. Protein membekalkan tenaga dan stamina yang berkekalan. Memastikan anda berasa lebih kenyang diantara waktu makan. Membina dan mengekalkan jisim otot anda. Pilihan untuk protein yang sihat seperti daging tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, kacang dan protein soya berasaskan tumbuhan. 2. Makan Multivitamin Setiap Hari. Dengan gaya hidup yang sibuk dan kurangnya tabiat pemakanan yang sihat, anda mungkin terlepas banyak nutrien penting. Multivitamin boleh membantu untuk:- Mengisi jurang pemakanan anda. Meningkatkan penghasilan tenaga. Meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan yan...