Awas ! Bahaya Minum Minuman Berkarbonat
Minuman berkarbonat atau soda adalah minuman yang paling digemari masyarakat kita kini. Namun sedarkah anda bahawa satu tin minuman tersebut mengandungi 150 Kalori, 30 hingga 55 mg Kafein, pewarna dan pemanis minuman yang tinggi. Kajian yang dilaporkan di dalam jurnal pediatrik mendapati bahawa 56 peratus hingga 85 peratus kanak-kanak minum sekurang-kurangnya satu tin minuman berkarbonat dalam sehari manakala 20 peratus individu dewasa mengambil empat tin atau lebih dalam sehari. GULA YANG BERLEBIHAN DALAM DARAH JIKA TIDAK DIKAWAL AKAN MENGAKIBATKAN RISIKO DIABETES. Kadar obesiti rakyat Malaysia juga meningkat daripada 20 peratus kepada 39 peratus, sesuatu yang membimbangkan kita, kerana pengambilan minuman ini juga menyumbang kepada masalah berkenaan. HANYA 14 Peratus rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Ini nyata merupakan satu hakikat yang merisaukan kerana rata-rata mereka yang ketagih minuman berkarbonat ialah remaja dan kanak-kanak sek...