Apa Itu Indeks Glisemik?

Catatan ini adalah copy& paste dari pages Dr Norman Norawi

Fahami Indeks Glisemik (GI)...

Terdapat sesetengah makanan karbohidrat yang akan melonjakkan paras glukosa dengan sangat cepat ianya di klasifikasikan sebagai Indeks Glisemik Tinggi...
Contohnya GULA pasir, roti putih, nasi putih, biskut, kek dsbgnya.. Ia sangat mudah di hadamkan menjadi glukosa sebagai sumber tenaga..
Masalah utamanya adalah ia juga meransangkan rembesan insulin berlebihan sebagai satu respon kepada paras glukosa tinggi... Insulin ini akan menurunkan paras glukosa dengan cepat dengan menghantar glukosa ini masuk ke dalam sel-sel lemak iaitu sel-sel simpanan... Oleh itu jika anda mengambil terlalu banyak karbohidrat dengan indeks glisemik tinggi maka anda akan menjadi gemuk kerana pengumpulan lemak berlebihan...

Kita perlu mengambil makan karbohidrat dengan indeks glisemik lebih rendah yang di hadamkan lebih perlahan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, beras perang, oat,  wholegrain dsbgnya...

Bagi seseorang yang ingin mengawal berat badan dan paras glukosa darah dengan lebih baik maka kita perlu mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah..

Secara umumnya... Indeks glisemik (GI)  boleh di gunakan untuk memilih diantara karbohidrat sihat dan karbohidrat kurang sihat ...

#drnorman #infosihat #indeksglisemik #healthycarbs #obesity #glucosecontrol

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?