Rahsia Pemakanan Dari Dietitian

[ RAHSIA PEMAKANAN DIABETES DARI DIETITIAN !! ]
.
.

Karbohidrat atau kanji merupakan sumber tenaga utama dalam badan. Tanpa kanji, kita akan cepat penat kerana kurang tenaga.
Orang yang menghidap diabetes sepatutnya tidak terlalu takut dengan kanji jika mereka tahu berapa banyak boleh ambil dalam sehari...
.

Pernah dengar Pertukaran Karbohidrat?
.

Pertukaran Karbohidrat ni adalah jumlah makanan yang mewakili 15g karbohidrat.
Contoh 1 pertukaran (exchange) karbohidrat adalah seperti di bawah:
.

Nasi /mihun/kueyteow = 1/2 cawan kecil
Idli = 1 pc
Roti putih/wholegrain/wholemeal = 1 pc
Oat mentah = 3 sudu makan
Biskut cream cracker = 3 keping
Potato = 1 pc (~ 45g)
Susu tepung = 4 sudu
.

Epal/oren/pear/kiwi/belimbing = 1 pc sederhana
Pisang = 1 pc kecil
Duku/langsat/anggur = 8 pc
Durian = 2 ulas
.

Semua jumlah makanan di atas mewakili 1 Pertukaran (Exchange).
.

So berapa exchange saya boleh ambil sehari?
Kalau kalori requirement 1500kcal sehari ambil dalam 12 exchange.

Kalau kalori requirement 1800 kcal sehari ambil dalam 15 exchange
.

Bahagikan Exchange tu LEBIH KURANG SAMA BANYAK PADA SETIAP WAKTU MAKAN.
.

Contoh makan 5x sehari untuk 1500kcal,
2 exch (BF)
2 exch (Morning tea)
3 exch (Lunch)
2 exch ( Afternoon Tea)
3 exch (Dinner)
.

Total 12 Exchange.
.

Pembahagian exchange karbohidrat yang baik akan menentukan kawalan gula dalam darah yang bagus.
.
.

Tips lain:

- Pilih Kompleks carb yg tinggi serat ( basmati, wholegrain bread, oats dll)
- Makan lengkap karbohidrat, protein dan sedikit fat untuk meal utama (BF,Lunch dan DINNER
- Tingkatkan sayur2an hijau (4 serving sehari)
- Buah 2x sehari (wholefruit)
.

Itu sahaja dulu. Ada info tambahan nanti sy cerita lagi.
.

Jaga MEAL TIMING dan JAGA PORTION KARBOHIDRAT.
.

P/S:

KOMEN 'SHARE' JIKA ANDA BACA DAN SHARE ILMU INI !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?