Tazkirah Tengah Hari

*Tazkirah Tengah hari (07.08.2017)*

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Mungkin bukan rezeki kau untuk dapat kehidupan mewah seperti orang lain, tetapi Allah rezekikan kau tangan yang ringan bersedekah ketika senang dan susah.

Mungkin bukan rezeki kau kerana semua yang kau harapkan sering tak menjadi, tetapi Allah kurniakan kau hati yang penuh kesabaran.

Mungkin kau sering diuji dengan dizalimi dan dikhianati, tetapi Allah berikan kau hati yang sering memaafkan.

Yakinlah dengan janji Tuhan bahawa sebenarnya kau berpeluang untuk dapat semua yang kau perlukan iaitu syurga seluas langit dan bumi

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;


Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;"
(3:133-134)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

6 Pantang Larang Ketika Mengambil Vitamin / Suplemen - Pengedar Shaklee Sabah

Apa dia Water Retention

Merkuri Termometer Pecah! Apa Perlu Anda Buat?